RSS

Mesej Pemuda Pas: Mereka Sedia Bergerak!

20 Feb

http://msomelayu.blogspot.com/

KOTA Sarang Semut Batu 9 di Kedah hari ini telah bertukar menjadi lautan manusia apabila himpunan 30,000 pemuda Pas berjaya mencapai sasaran. Katanya kompleks Pas Kedah hari ini dipenuhi dengan anak-anak muda dan digemai laungan takbir penuh semangat.

Sayang saya tidak dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri gelombang Pemuda itu. Alangkah indahnya kalau dapat tengok sendiri, ia akan menambah waja dan semangat dan menjadikan catatan ini lebih realistik. Apapun syabas diucapkan kepada segenap Pemuda Pas Malaysia kerana berjaya menghimpun dan menunjukkan kekuatan kalangan mereka.

Kejayaan himpunan hari ini ternyata, darah pemuda Pas masih merah dan masih mengalir laju menuruni lembah mencari puncak kemenangan. Mereka tidak mudah goyah atau terkoyak dengan segala dakyah dan tohmahan buruk ke atas parti dan pemimpin mereka.

Saya yakin kalau mereka dibangkit dan dikerah untuk bergerak ke Putrajaya hari ini, dalam jumlah seramai itu mereka akan mara tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Dalam himpunan seramai itu semangat mesti berkobar. Mereka akan bergerak hatta berjalan kaki melalui lebuh raya Utara Selatan hingga ke Putrajaya. Saya yakin..

Katanya himpunan di Kota Sarang Semut hari ini lebih berjaya daripada himpunan yang sama dibuat di Kota Bharu empat tahun lepas. Kalau di Kota Bharu himpunan disertai 15,000 tetapi kali ini angkanya meningkat sekali ganda. Boleh disifatkan himpunan di Kota Sarang Semut hari ini adalah kesenimbungan himpunan di Kota Bharu. Perlu rasanya himpunan seumpama ini dijadikan tradisi kepada Pemuda Pas dan bukan pada waktu-waktu tertentu saja. Saya juga yakin kalau himpunan ini sekali lagi diadakan menjelang pilihan raya jumlahnya makin bertambah.

Dengan apa yang dipersaksikan di Kedah hari ini UBN Kedah tidak boleh memandang remeh kepada Pas. Khabarnya apa yang memberi aspirasi kepada himpunan berkenaan kerana Pas melihat akan kesungguhan UBN untuk merampas Kedah dalam pilihan raya akan datang. Kehadiran lebih 20,000 pemuda Pas itu laksana benteng yang akan mempertahankan tahkta kekuasaan Pas di Kedah.

Kejayaan himpunan hari ini memberi signal bahawa Pas akan sedia mengerahkan tenaga dan segala keupayaaan bagi mempertahankan kerajaan Pas Kedah dengan apa saja sekalipun. Apa yang berlaku hari ini membuktikan akan kesiapsiagaan para Pemuda Pas.

Himpunan raksasa itu dirasmikan oleh MB Kedah, Azizan Abdul Razak. Dua Naib Presiden Pas turut hadir dan menyampaikan ucapan menyuntik semangat. Mereka Sallahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Bekas-bekas ketua pemuda juga turut sama hadir antaranya ialah Abu Bakar Chik dan lain-lain.

Mungkin Pas boleh berbangga dan berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda mereka itu. Setidak-tidaknya Pas dapat mengambilnya sebagai petunjuk bahawa Pas kian kuat dan semangat ahlinya semakin tinggi. Bayangkan tanpa semangat himpunan itu tidak akan berjaya kerana kehadiran mereka nun jauh di Kedah satu cabaran bagi mereka di Selatan, Timur atau Pantai Barat. Hanya mereka yang digelegakki semangat saja untuk turun ke Kedah.

Justeru himpunan hari ini adalah bersejarah. Dalam sisi lain ia seolah bagaikan menjawab persoalan lain dalam Pas, di mana pada masa sama berlangsung konvensyen Pas di Petaling Jaya untuk mencari nilai baru bagi Pas untuk menyakinkan Melayu terus menyokongnya. Konvensyen hari ini diadakan setelah Pas bermahasabah dan menemui jawaban yang ada petunjuk Melayu melarikan diri dari Pas kerana Pas dilihat begitu akrab dengan rakan Pakatan lain.

Dan dalam Pas tercari-cari apakah penawar dan janji baru untuk Melayu, himpunan Pemuda hari ini memberi jawaban bahawa Pas masih utuh dan kukuh. Bahawa Pas masih mengingat Melayu dengan meletakkan agama sebagai agenda utamanya. Himpunan Pemuda itu yang tidak dicampur dengan pemuda kaum lain menjelaskan bahawa komitmen dan iltizam Pas kepada perjuangan asal mereka.

Dari sudut lain himpunan Pemuda ini jelaslah menunjukkan kekuatan Pas sebenarnya. Dengan kehadiran seramai itu Pas mampu berdiri di atas kakinya sendiri. Sudah pasti jumlah lebih 20,000 yang hadir hari ini tidak termasuk pemuda PKR dan juga Pemuda DAP. Himpunan hari ini adalah genuine mempamirkan kekuatan Pas yang sebenarnya.

Bagaimana pun apa yang dipamerkan hari ini masih belum mencukupi bagi Pas memperakui yang mereka kuat sehingga mampu merampas Putrajaya, walaupun Pas khasnya Pemuda boleh berbangga dengan apa yang berlaku. Makanya Pas memerlukan satu lagi show bagi memperlihatkan kepada rakyat Malaysia yang Pas kini dalam ladumam azam untuk memerintah negara ini.

Mungkin selepas ini Muslimat Pas boleh membuat himpunan yang sama. Kita mahu tengok pula sejauh mana komitmen muslimat Pas dan kesediaan mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk parti. Mungkin sukar bagi muslimat hendak menghimpunkan seramai itu kerana pergerakan wanita perlu dihadkan atas sebab-sebab tertentu. Tetapi setidak-tidaknya muslimat harus menganjurkan himpunannya sendiri bagi mengembelingkan kekuatan.

Tegasnya apa yang tercipta di Kedah hari ini ia memberi semangat dan kekuatan baru kepada penyokong Pas di seluruh negara. Yang jelas kepada mata saya bahawa Pas semakin menghijau dan semakin subur. Dengan berkembangnya tunas-tunas baru yang ditunjukkan di Kedah hari ini Pas tidak akan ‘kekasikan’ untuk melahirkan sebarisan pemimpin yang dinamik untuk masa depan Pas. Pemuda adalah pemimpin masa depan. Kejayaan himpunan hari ini juga menunjukkan kewibawaan pemimpin Pemuda masa kini. Untuk itu segulung syabas dan tahniah kepada Nasruddin Hassan dan seluruh jawatankuasa.

Sekali lagi ditanyai, apakah dengan kekuatan para pemudanya Pas masih memerlukan pergantungan kepada rakan-rakan politik yang lain? Kita tidak mahu pemuda Pas menjadi kuda pada pilihan raya untuk ditunggangi oleh wazir-wazir yang tidak sehaluan dengan langkah dan nawaitu perjuangan kita. Biarlah pemuda menjadi kuda kepada mujahidinnya sendiri kerana seorang mujahidin sedia syahid dalam sangsaraan, mereka tidak tersilau kepada wang ringgit. Perkara ini rasanya perlu diberi perhatian sama oleh Pemuda Pas

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Februari 2011 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: