RSS

PAS TOLAK PEMBANGUNAN, NAJIB TIPU MELAYU DI KERDAU

28 Feb

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini Najib `menjual’ orang-orang Felda lagi. Sempena PRK Dun Kerdau yang terdapatnya begitu ramai pengundi-pengundi Melayu felda, Najib membuat janji dan seperti biasa meminta agar pengundi-pengundi memberikan undi kepada Bn jika mahu janji tersebut ditunaikan. SPR tetap macam biasa membisu seribu bahasa.

PRK di Sibu dahulu, Najib berkata, ‘I Help U, U Help Me’. Di Merlimau, Najib berkata kepada kaum Cina, ‘Gua tolong Lu, Lu tolong Gua’. Hari ini Najib mengulangi cara yang sama di Felda Jengka. Beliau turut menerangkan tentang Islam pada pemikirannya. Najib mendakwa, Islam apa yang PAS perjuangkan? Adakah Islam yang tiada tanah? Adakah Islam yang miskin? Itulah pemikiran Najib terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Benarkah PAS menganggap Islam menolak pembangunan dan Islam menolak kesenangan? Jika benar, mengapa PAS yang lebih kuat berjuang menuntut hak golongan peneroka termasuk hak memiliki tanah? Bukankah PAS yang sering mendedahkan betapa banyaknya tanah-tanah orang Melayu Islam yang tergadai ke tangan kroni-keroni Umno?

Tidakkah PAS bersama PR sering menuntut agar rakyat ini terbela, membantah kenaikan harga minyak dan barang keperluan, isu kenaikan gaji dan beberapa isu yang sering menindas rakyat? Adakah ini bukti menunjukkan PAS menganggap Islam mahukan kemunduran dan kesusahan?

Najib sebenarnya takut dengan pendedahan demi pendedahan oleh PAS bersama PR tentang betapa gelojohnya kerajaan Bn yang menindas rakyat. Rakyat sering digula-gulakan dengan habuan yang sedikit, tetapi mereka di atas mengagih-agihkan kekayaan sesama mereka. Buktinya jelas, Najib datang membawa sedikit bekal untuk rakyat ketika adanya pilihanraya, tetapi semasa pulang beliau akan memunggah berganda daripada itu. Di PRK Dun Tenang, pengundi dijamu dengan sedikit habuan, selepas menang Najib umumkan kenaikan harga minyak yang jauh berganda dari yang diberikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.

Adakah rakyat di Dun Kerdau tidak boleh menjadi lebih cerdik dari sebilangan mereka di Tenang? Mampukah pengundi-pengundi di Dun Kerdau mengajar Najib bahawa bukan semuaorang-orang Melayu bodoh. Tidak semua orang Melayu lapar sangat kepada pembangunan sehingga lupa kepada amalan rasuah, penyelewengan, kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah. Adakah maruah agama boleh dijual dengan sedikit kesenangan yang sementara?/wfauzdin.blogspot.com

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Februari 2011 in PRK KERDAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: