RSS

Terbongkar: Pengundi Di Felcra Rumpun Makmur Mengaku Mereka Di Janjikan Habuan RM500 Jika Mengundi BN Pada Pilihanraya Kecil DUN Kerdau

28 Feb

http://pahangdaily.blogspot.com/

Nampaknya, tidak cukup dengan janji-janji projek pembangunan datang mencurah-curah ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Terbaru, terdapat maklumat yang diterima daripada seorang pengundi di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau mengatakan mereka telah ditawarkan RM500 untuk setiap undi yang diberikan kepada BN pada hari pengundian pilihan raya tersebut 6 Mac ini. “Saya didatangi oleh beberap orang pemimpin UMNO setempat yang menawarkan bayaran RM500 jika mengundi BN. Dalam rumah saya ada empat orang yang boleh mengundi termasuk ibu bapa saya. Maknyanya kami berpeluang mendapat RM2,000 jika mengundi Barisan Nasional”, kata seorang penduduk yang ditemui.

Pendedahan ini sesuatu yang tidak mengejutkan sebenarnya. Malah, ia adalah senario yang biasa berlaku tatkala menjelangnya sesuatu pilihanraya. BN hanya boleh menang dengan taktik “rasuah pilihanraya”, jika tidak nama parti itu tidak termasuk dalam fikiran para pengundi sebenarnya.

Tambahan pula mereka yang sudah sekian lama terbeban dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sekarang ini. Maka itulah, jalan terbaik ialah menawarkan ganjaran berbentuk wang ringgit agar pengundi tetap memberi undi kepada BN tanpa terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Inilah yang dimahukan oleh mereka sebenarnya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 Februari 2011 in PRK KERDAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: