RSS

Prk Kerdau – BN Marah PAS Jual Gula 1.80 Sekilo

01 Mar

TEMERLOH: PAS memulakan hari kedua dengan penuh momentum yang memberangsangkan. Calon N28 mewakili PAS mempunyai jadual aturcara yang cukup padat. Para jentera PAS bergerak dengan penuh semangat dan berhati-hati. Hati para pengundi cuba dimenangi.

Kelmarin sahaja menunjukkan Umno kian terdesak, jalanraya utama antara Desa Murni Kerdau diturap sebelah malam, deretan lori berbaris panjang sepanjang jalan. Walhal di kawasan perkampungan sebelah yang tidak masuk dalam kawasan PRK kerdau terus diabaikan dan terabai.

Inilah salah satu bentuk pembohongan kebendaan yang paling keji cuba dilakukan kerajaan Umno. Rakyat terus terusan diperbodoh-bodohkan serta digula-gulakan. Lakonan menteri-menteri kanan najib semakin memualkan.

Mereka menuduh PAS menjual gula semasa PRK Kerdau dengan harga RM1.80 berbanding harga pasaran RM2.10. Menteri berkenaan mencabar agar Kelantan menjual harga gula ikut orang PAS yang baik hati memberi subsidi itu menjualnya kepada orang awam.

Inilah lakonan paling memualkan bagaimana seorang menteri boleh mengutip maklumat tepi jalan bagi dijadikan ‘modal’ atau bahan tatapan media. Alangkah malangnya seorang menteri yang hebat tetapi dangkal dan amat janggal dengan menampilkan serta membuat penampilan berita seumpama itu.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Mac 2011 in PRK KERDAU, PRK MERLIMAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: