RSS

PRK Kerdau – Pengasas Umno Jengka 25 masuk PAS

02 Mar

Ditulis oleh Harakahdaily Rabu, 02 Mac 2011 14:11

TEMERLOH, Mar 2: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi.

Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri.

Majlis itu yang turut dihadiri beberapa wartawan dan pemimpin tertinggi PAS itu  dipercayai bakal mencetuskan satu fenomena baru perkembangan PAS di Jengka 25, yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan ini sebagai satu tekanan terhadap Umno.

Dalam ucapan ringkas bagi mengalu-alukan penyertaan beliau, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS berharap penyertaan beliau bersama 11 ahli Umno yang lain akan memperkukuhkan perjuangan Islam di Jengka 25.

“Beliau yang sangat berpengaruh di Jengka 25 adalah pembantu khas kepada bekas Adun Kerdau Allahyarham Datuk Abdullah Kia,” tambah Tuan Ibrahim.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mac 2011 in PRK KERDAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: