RSS

Prk Kerdau – Politik Ugut menakutkan pengundi PAS

02 Mar

PAS Kecewa BN Terus Amalkan Politik Ugutan Dan Menakutkan Rakyat Agar Mengundi Calon Mereka

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr.Dzulkefly Ahmad (foto) menegaskan UMNO Barisan Nasional semakin terdesak dalam kempen mereka di pilihan raya kecil Dewan Undang Negeri Kerdau sekarang ini. Lantaran itu mereka masih lagi menggunakan isu politik mengugut dan menakut-nakutkan rakyat dalam usaha untuk memaksa mereka mengundi calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

“Kita sebenarnya perlu keluar dari model politik lama, kerana hari ini rakyat sebenarnya sudah semakin celik tapi bagi yang berada di kawasan-kawasan Felda mereka masih terperangkap kerana banyak faktor yang akan dimainkan oleh BN untuk membeli undi peneroka Felda sebenarnya” Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata dia amat mengharapkan agar rakyat berani membuat perubahan.

“Saya menyeru rakyat di DUN Kerdau memberi kepercayaan kepada PAS untuk mewakili mereka di kawasan ini. Saya kira berdekatan dengan pilihan raya umum maka kita perlu menang dalam pilihan raya kecil ini. Pertandingan ini adalah satu-satu yang benar mencabar sebenarnya”, kata beliau. “Banyak isu yang akan dimainkan terutamanya yang berlegar kepada isu-isu tempatan dan selebihnya isu nasional.

Apa yang jelas isu yang melanda rakyat sekarang ini seperti kenaikkan kos saraan hidup, isu subsidi dan banyak lagi. Tapi isu tempatan yang akan diberi keutamaan ialah berkenaan isu yang membabitkan kawasan Felda yang semakin mendapat tempat sekarang ini”, katanya.

Amalan politik ugut mengugut dan menakutkan pengundi ini sebenarnya memang sudah menjadi “darah daging” puak-puak UMNO BN itu sejak zaman berzaman. Ini beraka mereka tahu, jika rakyat tidak ditabur dengan wang ringgit, maka sudah pastilah BN akan ditolak mereka. Justeru itulah, mereka sanggup gunakan apa saja kaedah untuk menhalalkan cara.

Inilah yang amat ditakuti oleh seluruh rakyat Malaysia sebenarnya. Pilihan raya kecil dijadikan medan untuk BN menabur wang sesuka hati dan dalam masa yang sama SPR mengganggap perbuatan tersebut tidak menyalahi akta pilihanraya 1954. Semoga warga Felda dapat kekuatan untuk mempertahankan hak-hak mereka ini. Jika dibiarkan maka puak-puak UMNO akan terus bermaharajalela dulu, kini dan pasti buat selamanya itu

Pahangdaily.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mac 2011 in PRK KERDAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: