RSS

PRK Kerdau – Siapa Pembohong ??

05 Mar

Kenyataan Media Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

KENYATAAN AKHBAR

Edaran Media 5 Mac 2011

Pada hari terakhir tempoh berkempen di N28 DUN Kerdau ini, PAS dengan penuh tanggungjawab dan keprihatinan dalam mendukungi persaingan sihat di PRK ini, merkamkan betapa harapan untuk menyaksikan demokrasi yang adil, telus dan berintegriti telah musnah dek kerana pencabulan dan salahlaku yang dibuat oleh lawannya yakni Barisan Nasional.

Kami, pada hari ini akan membariskan segala pelanggaran Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya, 1954 bagi menguatkan hujjah kami bahawa bukan sahaja perilaku ini dibuat oleh Barisan Nasional akan tetapib lebih malang lagi tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak yang sepatutnya menjamin proses pilihanraya berjalan dengan bebas, adil dan bersih.

Laporan-laporan kami kepada pihak berkuasa yakni SPR, PDRM dan SPRM pada 1 hb Mac dan 5 hb Mac, tidak langsung diberikan perhatian dan apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa tersebut.

Antara kesalahan dan pelanggaran Akta Pilihanraya 1954 yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah seperti berikut:

i. Penggunaan secara berleluasa dan sewenang-wenang kemudahan premis awam seperti:

a. padang awam Teluk Sentang,

b. Masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar,

c. Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23,

d. Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25

e. Balai Raya Kuala Tekal

f. pejabat-pejabat Felda di Kerdau ini.

Terang-terangan tindakan ini bersalahan dengan Akta Pilihanraya 154, menggunakan kemudahan awam sebagai tempat operasi kempen mana-mana parti, dan kami percaya mereka menggunakan tanpa permit daripada pihak berkuasa awam.

ii. Pemberian secara terbuka dibuat oleh YAB Perdana Menteri bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal dengan secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampongif Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu adalah amat dikesali dan bercanggah dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

iii. PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka. Peruntukan berjumlah RM10.4 juta telah dibuat sendiri oleh PerdanaMenteri.

iv. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM dan 100 kotak pemberian makanan yang dihiasi gambar Najib dan Shahrizat dengan slogan “Mengakhiri Zaman Miskin”.

v. Paling mutakhir adalah bayaran wang SES RISDA Felda Jengka 22 sebanyak RM13,000 seorang peneroka atau berjumlah sebanyak RM3,367,558.00 yang bakal dibuat penyeraan cek pada Isnin 7 Mac 2011. Begitu juga bayaran SITS MPOB Felda jengka 23 kepada peneroka sebanyak RM4,00 seorang. Rasuah atau tidak akan tergantung secara kritikal kepada siapa yang mendapatnya.

vi. Kalau ia disasarkan hanya kepada peneroka dalam DUN N28 maka, bayaran ini, yang sebenarnya hak peneroka yang tidak dibayar sekian lamanya, adalah jelas rasuah. Tetapi kalau semua peneroka getah dan kebun sawit dapat tanpa mengira samada mereka tinggal dalam N28 Kerdau atau tidak, maka itu adalah polisi bayaran yang dibuat secara menyeluruh tanpa berpilih-pilih atau selektif. Ternyata bahawa bayaran ini adalah selektif dan berpilih, maka jelas dan tegasnya bahawa ia adalah satu tindakan mempengaruhi pengundi dan bertentangan dengan Akta Pilihanraya.

Bedasarkan realiti dan kenyataan di atas serta ketidakadilan dalam perjalanan PRK N28 Kerdau hari ini, maka kami melihat insiden ini sebagai kegagalan SPR menjamin perjalanan PRK bersih dari elemen rasuah, ugutan dan tekanan ke atas pengundi.

Ketidakadilan ini mestilah ditentang oleh rakyat khususnya para pengundi di DUN Kerdau dengan menterjemahkan bantahan mereka dengan memberi undi protes terhadap pencabulan peraturan perunutkan Akta Kesalahan Pilhanraya 1954.

Kami merayu dan menyeru para pengundi N28 Kerdau supaya mengambil iktibar di atas kegagalan wakil rakyat dari Barisan Nasional melaksanakan amanah membangunkan Kerdau yang jelas telah terpnggir selama lebih 50 tahun. Hal diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri.

Saya selaku Pengarah Jentera Induk PAS di PRK Kerdau, ingin menyeru seluruh pengundi dan para penyokong supaya mengekalkan keharmonian sepanjang tempoh pengundian berjalan.

______________________________

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man,

Naib Presiden PAS merangkap Pengarah PRK N28 Kerdau.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Mac 2011 in PRK KERDAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: