RSS

Teruknya Melaka! Ali Rustam Makan Ketam, Rakyat makan biawak?

05 Mar
Ustaz Saiful Bahri
 

 

Semasa berita TV meninjau pilihanraya Merlimau, bagaimana Datuk Shaziman menyebut tentang kemajuan dan pembangunan negeri Melaka jauh macam langit dengan bumi berbanding negeri Kelantan. Kalau nak mengampu janganlah Nampak bodoh sangat. Macamlah dia sorang aje pergi Melaka dan Kelantan. Apa yang pasti taklah sampai rakyat Kelantan kelaparan tak makan sehingga terpaksa makan biawak.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali ketika kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau. bersama pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan. “Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi.

Saya tanya mereka, ‘Apa lauk hari ini?’ “Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam! “Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin,” kata Mohd Ali mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit. Jadi sasaran Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan “orang ramai” yang marah dengan laporannya itu.

Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu. Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu – yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai – berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka. “Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu,” katanya. Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

Pemimpin bukan main.. rembat makan sedap-sedap. Rakyat terpaksa baham biawak aje. Macam tu boleh sokong BN lagi pe??? Hihihi… taknak cakap banyaklah… sebab Melaka dah diistihar sebagai Melaka maju 2010

 
Tinggalkan komen

Posted by di 5 Mac 2011 in PRK MERLIMAU

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: