RSS

Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin

07 Mar

Oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melahirkan rasa kesal di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin seperti yang tersiar di dalam akhbar Mingguan Malaysia pada hari ini, 6 Mac 2011.

Di dalam kenyataan tersebut, beliau dilaporkan berkata bahawa,imej Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah sama dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

  1. DPPNK menyifatkan kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang kurang ajar serta biadap dan menunjukkan kejahilan seorang yang beragama Islam terhadap agamanya sendiri. Serangan ini menunjukkan UMNO sudah ketandusan modal dan senjata untuk berhadapan dengan PAS sehingga menggunakan pebagai badan NGO yang pada hakikatnya bergerak untuk kepentingan politik UMNO semata-mata.
  2. Ini boleh dilihat melalui blog rasmi Jaringan Melayu Malaysia (JMM)  di alamat http://jaringanmelayumal.blogspot.com/ di mana sebahagian besar daripada isi kandungannya ialah serangan terhadap PAS khususnya peribadi YAB al-Mursyidul Am PAS.
  3. Sekiranya tidak boleh menggunakan agama untuk menarik sokongan rakyat, DPPNK ingin bertanya kepada Farahana Jamaluddin, apakah yang telah digunakan ole Rasulullah SAW sewaktu menyebarkan dakwah di Mekah pada awal kemunculan Islam dahulu? Atau Farahana terlampau jahil dengan sejarah agamanya sendiri lalu mengeluarkan kenyataan mengikut hawa nafsu semata-mata?
  4. Atau apakah sebenarnya agama pada pandangan mata Farahana? Kita khuatir apa yang difahami olehnya ialah salah satu hasil benih sekular yang telah ditanam oleh UMNO sekian lama. Hakikatnya, UMNOlah yang seringkali mencetuskan ajaran baru yang tidak pernah disebut dalam agama. Buktinya Islam Hadhari yang dicipta oleh UMNO dan hari ini pula Presiden UMNO menjaja idea Islam Sederhana.
  5. Justeru, DPPNK mencabar Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk bersemuka dan berdebat di atas isu ini. JMM boleh menghantar sesiapa sahaja sebagai wakil termasuklah Farahana Jamauddin yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan biadap ini.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).

Bertarikh : 6 Mac 2011

Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin : Jaringan Melayu Malaysia Dicabar Debat

UMNO Perompak Wang Rakyat

 
1 Komen

Posted by di 7 Mac 2011 in 5 NEGERI PR

 

One response to “Samakan Nik Aziz Dengan Ayah Pin

  1. peribadirasulullah

    8 Mac 2011 at 6:58 PM

    Saya bukan fanatik kepada TGNA hati-hati kepada manusia berjiwa sekular dalam mencaci atau menghina mana-mana Ulamak.
    Siapakah anda di sisi manusia dan siapakah anda di sisi Allah SWT?
    Dimanakah jasa anda terhadap umat Islam ?.
    Mampukah anda mengambil alih tempat TGNA dan mentadbir Kelantan ?
    Pernahkah TGNA mencaci dan menghina anda ?
    Kenapa TGNA menjadi sasaran and, sedangkan masih ada manusia lain yang lebih hina daripada TGNA yang layak anda nasihatinya ?
    Berapa negarakah yang mengenali anda?
    Kenapakah orang bukan Islam tidak membenci TGNA dan Kenapakah orang bukan Islam tidak ingin mempelajari Islam daripada anda ?
    Apakah pekerjaaan dan perbuatan anda seharian ? Bandingkan kehidupan anda seharian dengan kehidupan seharian TGNA ? dan jadikan Rasulullah SAW sebagai kayu pengukur.
    TGNA adalah manusia biasa yang layak anda kritik tetapi pandanglah diri sendiri sebelum mengkritik orang lain.
    Kemewahan dan kemenangan dalam pilihanraya ciptaan sekutu anda bukan kayu pengukur untuk memiliki Syurga Allah SWT.
    Bukan semua orang PAS boleh memasuki Syurga sebab itulah orang-orang PAS sentiasa beristighfar dan menutup aurat dalam kehidupan seharian, dengan harapan mendapat rahmat Allah SWT.
    Golongan anda sebaliknya, sentiasa menghimpunkan dosa dan mencari kemewahan dengan harapan Sifat Allah Yang Maha Pemurah akan mengampunkan dosa dan Sifat Allah SWT Yang Maha Kaya akan menampakkan kekayaan di dunia.

    Jangan mencaci atau menghina Ulamak tetapi pelajarilah Ilmu Allah SWT yang ada pada dada -dada Ulamak pasti hati anda akan bersinar dengan Cahaya Ilahi. ” Ulamak Adalah Pewaris Nabi ” . Amin Ya Rabbal Alamin.

    Sila layari blog saya untuk panduan hidup anda yang lebih ceria dengan kefahaman Islam.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: