RSS

Chong Wei menang kerana Semangat dari Rosmah??

16 Mar
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Jadi macam blog untuk Rosmah pulak Blog aku hari ni.. ahh.. tak pedulilah..

Juara All England Lee Chong Wei menelefon isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang telah menjanjikan pemain itu “hadiah istimewa” jika beliau menang dalam pertarungannya menentang Lin Dan kelmarin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau (Chong Wei) dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang. Saya juga dapat bercakap dengan Lee Chong Wei dan turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang,” Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama.


Atas kemenangan 21-17, 21-17 itu, Chong Wei diberikan sebuah jam tangan oleh Rosmah. Najib pula menghadiahkan pemain no 1 dunia itu RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Majlis berlangsung di Seri Perdana di Putrajaya hari ini, sebaik sahaja Chong Wei kembali pulang dari London.,

Rosmah adalah Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Najib menyifatkan panggilan telifon Chong Wei kepada isterinya itu sebagai satu “tabiat” sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 Mac 2011 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: