RSS

TPM beri amaran kepada PM: Jangan Gadai Prinsip Perjuangan Umno

02 May
oleh Chegu Zul

Najib 1Malaysia 1 Email mengajak PAS bersama perjuangan Umno. Katanya PAS sudah jauh tersasar daripada perjaungan asalnya iaitu mendaulatkan hukum hakam islam di muka bumi malaysia ini. Itulah nada seorang PM yang berpandangan jauh demi negara, bangsa dan agama.

Sebaliknya nada pembantu beliau TPM Mahiadin Nasi Lemak (bapa penyanyi Najwa Mahiadin) hari ini, pula nada yang bercanggah sama sekali dengan PM 1Malaysia. Katanya di Muar , Umno sesekali TIDAk akan mengadaikan prinsip perjuangan semata demi kepentingan politik.

Ini barulah, nada seorang pejuang yang tulen yang mendokong sisa-sisa perjuangan Dulu Kini dan Selamanya. Maknanya Dasar Buka Pintu Najib, tidak direstui oleh Mahyuddin bapa najwa rap ni. Baginya perjuangan Umno dan kerjasama Umno dengan Barisan perlu kekal dari segi falsafah dan roh. Dalam lain perkataan jangan ada pihak atau individu yang mahu memandai-mandai mahu mengadai roh, prinsip dan falsafah perjuangan.

TPM marahkan Najib dengan secara sinisnya, Dengan kedudukan Umno kini ia akan kekal dihormati dan bertambah kuat. Maknanya jangan sesekali mengajak PAS untuk memperkuatkan Umno dan Melayu. Malah Melayu dalam Umno kini sudah kuat dan dihormati.

UMNO Tidak Akan Gadai Prinsip Perjuangannya – Muhyiddin

MUAR: Umno tidak akan menggadai prinsip perjuangannya walaupun berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata berlainan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, Umno tidak akan menggadai prinsip politiknya semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara.

“Umno sentiasa istiqamah dalam mempertahankan kesucian Islam dan membela bangsa Melayu kerana itulah prinsip asas perjuangan Umno. PAS sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik,” katanya.

Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini, Ahad.

Timbalan Perdana Menteri berkata lebih lama PAS berada di dalam pakatan pembangkang, lebih banyak prinsip perjuangan parti itu akan terhakis dan tergadai.

Bagi PKR pula, katanya parti pembangkang itu langsung tidak ada prinsip perjuangan kerana dari mula ditubuhkan, perjuangannya hanyalah untuk Ketua Umum mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya apabila Anwar dilanda masalah, parti itu turut dilanda masalah yang parah dengan PKR kini dkenali sebagai “Parti Kian Runtuh” dan “Parti Keluar Ramai-Ramai”.

Beliau berkata sekiranya anggota Umno terus istiqamah dengan prinsip, falsafah dan roh perjuangan parti, Umno akan terus bertambah kuat dan dihormati.

“Jangan kita gadai perjuangan kita, kerana prinsip inilah yang menentukan kewujudan dan kelangsungan Umno sebagai sebuah parti politik Melayu yang gagah dan perkasa,” katanya.

Menurut Muhyiddin, Umno tidak pernah mengambil pendekatan yang ekstrem di dalam perjuangan kepentingan Melayu dan Islam dan sentiasa bersikap adil terhadap semua dengan mengambil kira realiti sosial masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. – BERNAMA

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Mei 2011 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: