RSS

Kutuk Nik Aziz: Umno takut dengan Munajat Anak Muda

23 May
Harakahdaily
(GAMBAR: Kira-kira 15,000 anak muda menyertai Munajat Anak Muda Kelantan di Kota Bharu baru-baru ini )

KOTA BHARU, 23 Mei: Kenyataan NGO tajaan Umno, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mengutuk kerajaan negeri Kelantan membayangkan ketakutan Umno terhadap kejayaan program Munajat Anak Muda Kelantan.

Demikian kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar bawah).

Beliau mengulas laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini yang menyiarkan berita mengutuk Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kononnya menggunakan pelajar pondok dan tahfiz.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah dilaporkan berkata bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai seorang yang bertopeng imej warak kerana sanggup memperalatkan pelajar sekolah agama di Kelantan untuk menghadiri program politik.

Fadhli  berkata, hakikatnya, Umno dan Barisan Nasional gerun dengan kehadiran begitu ramai anak muda di dalam program tersebut.

Bahkan, katanya,  jika Umno dan Barisan Nasional dengan segala kekuatan jentera yang ada berusaha untuk mengadakan himpunan seperti itu, ia tidak akan berjaya.

“Ini kerana budaya ‘upah dan suap’ yang sudah sebati dalam darah daging perjuangan mereka.

“JMM hanyalah merupakan ‘budak suruhan’ kepada UMNO dan hanya akan bercakap untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Program Munajat Anak Muda Kelantan yang mensasarkan 10,000 anak muda berjaya menghimpunkan 15,000 anak muda seluruh Kelantan di Stadium Sultan Mohamad baru-baru ini.

Antara pengisiannya adalah bacaan Al Quran dengan sasaran khatam 100 kali bagi memohon perkenan Allah untuk selamatkan perjuangan Islam di Kelantan.

Bagi Fadhli,  Azwanddin jelas sekali keliru apabila menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang hadir diperalatkan.

Hakikatnya, mereka hadir dengan kerelaan diri sendiri dan tanpa sebarang paksaan.

Tentunya sebagai sebuah negara demokrasi, pelajar-pelajar tidak dihalang untuk menghadiri program sedemikian yang tentunya lebih baik daripada program konsert hiburan yang dibenarkan oleh UMNO / Barisan Nasional.

Bahkan tindakan menyiarkan bahan lucah di dalam media eletronik dan cetak jauh lebih bahaya terhadap akhlak muda mudi dan ini langsung tidak ditegur oleh JMM, kata Fadli.

“Perlu diingatkan bahawa tidak menjadi amalan kerajaan negeri Kelantan memaksa pelajar-pelajar atau guru-guru datang ke program politik seperti yang diamalkan oleh Umno,” katanya.

Apa yang berlaku ini, katanya, berlainan dengan Umno yang hanya berani menggunakan kuasa paksaan bagi meramaikan program mereka.

Contoh jelas antaranya ialah apabila Umno memaksa semua guru-guru di Merlimau hadir dalam program kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau pada 14 Februari 2011 yang lepas. Surat arahan tersebut dilampirkan bersama untuk rujukan.

Demikian juga apabila guru-guru dipaksa untuk mendengar taklimat keselamatan yang antaranya diisi dengan ceramah yang memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat, katanya.

“Jika JMM menyatakan Menteri Besar Kelantan sebagai pengecut kerana hanya berani berpidato di hadapan pelajar sekolah, maka JMM lebih pengecut apabila tidak berani untuk berdebat ekoran kenyataan seorang pemimpinnya yang menyamakan Menteri Besar Kelantan dengan Ayah Pin satu masa dahulu,” tegas Fadli.

Antara pihak yang mencabar debat dengan JMM ialah Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

JMM perlu diingatkan bahawa berani berkokok di dalam akhbar sahaja tanpa berdepan dengan hujah adalah sebesar-besar sifat pengecut dan sifat ini ada pada pimpinan JMM, tegas Fadli.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Mei 2011 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: