RSS

PEMILIHAN kepimpinan Pas – Ulama atau Erdogan

23 May
Ulasan majal UM terhadap Muktamar PAS

Utusan masih berminat dalam percaturan Muktamar ke 57 PAS yang bakal berlangsung pada 2 dan 7 Jun 2011.

Ulama atau Erdogan

Oleh Noraini Abd. Razak

PEMILIHAN pucuk kepimpinan Pas 2009 berlangsung ketika pembangkang masih meraikan keterujaan mereka terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-12.

Ketika itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih sebagai Presiden dengan Nasharudin Mat Isa menjadi timbalan. Bagi pemilihan2011 Abdul Hadi tidak dicabar. Beliau kekal selesa di jawatan nombor satu dalam parti untuk lima penggal berturut-turut. Tentunya pemimpin yang pernah disenaraikan oleh Asiaweek sebagai Top 50 itu telah memikirkan keutamaannya apabila dimuktamadkan sebagai Presiden.

Namun apabila ditanya perkara tersebut, Prof Abdul Aziz Bari berterus terang bahawa beliau tidak tahu sama ada Abdul Hadi mempunyai keutamaan. Jawapan beliau merujuk kepada apa yang dilakukan dan tidak dilakukan oleh Presiden Pas itu dalam penggal sebelum ini yang dirumuskan sebagai tidak jelas.

Beliau mengambil contoh penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang disifatkan sebagai lambat sekali gus menunjukkan Abdul Hadi tidak komited dalam membuka parti itu kepada bukan Islam.

Pemerhati politik yang sering menimbulkan kegelisahan penyokong-penyokong Pas itu mengulas panjang apabila ditanya kegagalan serta kejayaan Presiden Pas itu lantaran nama Abdul Hadi bukannya kecil.

”Ceramahnya dikatakan hambar, tiada lagi tenaga sebagaimana dahulu. Abdul Hadi gagal menterjemahkan kekuatan keahlian (lebih sejuta orang) dan kekuatan sumber dan logistik parti.

”Di bawah Abdul Hadi Pas tidak lagi disegani sebagaimana ketika Datuk Fadzil Noor,” katanya.

Pas menurut Abdul Aziz hanya menyediakan tenaga untuk pakatan pembangkang, sedangkan sepatutnya dengan kedudukan dan kekuatan Pas, ia menjadi pemimpin pakatan. Keadaan itu tidak berlaku kerana kelemahan Abdul Hadi adalah untuk menterjemahkan kekuatan Pas, bukan kelemahan Pas.

Ditanya tentang persaingan antara Mohamad Sabu dan Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa itu mempunyai pandangan tersendiri.

Mohamad, menurut Abd. Aziz dengan usia menghampiro 60 tahun ialah veteran parti yang lama berjuang.

”Beliau pernah ditahan di bawah ISA dan mempunyai hubungan yang intim dengan rakan pakatan. Nasharuddin pula pemimpin yang naik kerana peluang dan nasib.

”Meskipun Nasharuddin ada kelebihan. Usia yang muda iaitu 49 tahun tidak digunakan dengan baik. Beliau tidak dilihat sebagai timbalan presiden yang berjaya sebagaimana Hassan Shukri.

”Organisasi parti terbiar, ini sepatutnya kerja orang nombor dua,” kata Abdul. Aziz yang melihat Nasharuddin lebih oportunistik, naik kerana kumpulan Erdogan mencari calon sesuai untuk menyingkirkan Hassan ketika itu.

Mengenai percaturan Erdogan dan ulama yang dilihat dalam pemilihan pucuk kepimpinan Pas kali ini, Katanya, istilah Erdogan sebenarnya tidak begitu dipersetujui lantaran tidak mudah untuk menggolongkan pemimpin dalam Pas kepada dua kelompok itu. Contohnya Datuk Mustafa Ali dan Datuk Hasan Ali adalah golongan Erdogan/profesional dari segi latar belakang tetapi mereka sebahagian kumpulan konservatif yang condong kepada UMNO.

”Nik Aziz adalah ulama – beliau pernah mengetuai Dewan Ulama – tetapi pemikian politiknya progresif dan dilihat oleh golongan yang dilabelkan Erdogan sebagai penaung,” katanya.

Abdul Aziz juga tidak bersetuju apabila dikatakan wujud jurang antara puak Erdogan dan ulama Pas sehingga timbul isu saling tidak menghormati sesama mereka. Keadaan itu jika berlaku bukan disebabkan keghairahan puak bukan ulama sebaliknya disebabkan pemimpin yang ada gagal menterjemah kekuatan dan kedudukan parti itu. ”Pemimpin Pas gagal berbahas dalam isu-isu rakyat khususnya di Parlimen. Saya rasa ini kelemahan golongan yang dikatakan ulama itu.

”Dalam soal agama pun ulama tidak menyerlah dan ini jelas sekali apabila isu yang asalnya agama ada dimensi politiknya. Ini sekali lagi menyerlahkan kelemahan golongan itu.

”Soal sosio-ekonomi kelemahan mereka lebih jelas. Saya tidak melihat usaha menyekat ulama, sebaliknya Pas mahu meletakkan pemimpin yang mampu mengemudi parti di persada politik negara,” katanya.

Sumber
 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 Mei 2011 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: