RSS

Muktamar pemuda, muslimat di Shah Alam, ulamak di KUIZM

24 May
Harakahdaily
Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam.

Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Turut dijadual berlangsung pada malam itu adalah penyampaian beberapa anugerah khas.

Muktamar penuh bagi dewan itu pula akan berlangsung 2 Jun di tempat sama.

Bagi Dewan Muslimat pula, muktamar penuh juga akan berlangsung pada 2 Jun bertempat di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam.

Majlis perasmian muktamar dewan itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk Dewan Ulama pula, muktamar juga akan diadakan pada 2 Jun bertempat di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.

Majlis perasmiannya akan disempurnakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib di sebelah paginya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 24 Mei 2011 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: