RSS

Kepimpinan PAS digeruni musuh: Kenapa dan mengapa ?

06 Jun
Oleh Chegu Zul

Perhatian, kebimbangan luar biasa Umno terhadap pacuan kepimpinan PAS Alaf Baru menjelang PRU13. Media berbahasa Melayu ‘cuba’ menarik dan memainkan perhatian para pengundi Melayu dengan berhasrat dan mahu menanamkan ‘keraguan’ terhadap proses perubahan peralihan dalam kepimpinan PAS baru lalu.
Sudah seminggu bahasan ini dibuat, berjaya menarik perhatian pengundi Melayu. Rata-rata menyetujui pandangan Utusan dan media berbahasa Melayu yang lain iaitu kepimpinan Ulama sudah mulai ‘ditolak’ dalam PAS. PAS mulai dipengaruhi , diperalatkan oleh Anwar seta DAP.
Inilah momokan momokan yang segera PAS perlu perjelaskan dengan lebih agresif. Kekuatan isu mengarut ini jika gagal ditangaani PAS dengan cekap dan berkesan. PAS bakal kecundang sekali lagi dalam PRU13.
Prestasi kemuraman sokongan pengundi Melayu kepada PAS akan berulang. Umpama dalam PRK Kerdau. PAS gagal meraih undi Melayu, walaupun waktu itu lambakan isu-isu negara terbeban ke atas rakyat terbanyak jika diatur susun cukup membebankan rakyat.
Namun, rakyat Kerdau tidak terangsang dan termakan langsung dengan isu-isu berkenaan. Umno selesa menang PRK berkenaan. Sementelahan pula harga getah dan sawit yang kini dan akan terus kekal ‘memuncak’ rakyat terbanyak tidak akan terkesan.
Paling tidak ‘serangan pembangkang itu dianggap sebagai satu tohmahan jahat terhadap kerajaan yang melayu tulen.
Selain itu, rakyat teramai masih anggap Melayu tulen adalah Umno. walaupun dihati mereka , PAS dianggap parti yang baik dan betul, tetapi apabila proses memberi undi mereka kekal sayangkan Umno. Inilah senario dulu dan akan datang juga.
  • Teka-teki peranan tampuk baru PAS

    MUKTAMAR PAS ke-57 yang berakhir semalam mencatat sejarah apabila pemilihan parti bukan saja menyaksikan golongan bukan ulama menguasai sebahagian besar barisan kepemimpinan parti, malah buat kali pertama sejak era ‘Kepemimpinan Ulama’ PAS lebih suku abad lalu, jawatan Timbalan Presiden disandang tokoh bukan berlatar belakang agama. [+]

  • Minda Pengarang: Penguasaan pemimpin Erdogan hanya untungkan DAP, PKR

    KEPUTUSAN pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PAS pada muktamar ke-57 parti itu disifatkan di luar jangkaan dan mengejutkan. Jawatan tertinggi PAS kini dikuasai bukan ulama dan profesional termasuk Timbalan Presiden dan tiga jawatan Naib Presiden serta sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Pusatnya. [+]

  • Tsunami Erdogan ubah corak, hala tuju perjuangan PAS

    MENGEJUTKAN… Itulah perkataan paling tepat untuk menggambarkan mengenai keputusan di luar jangkaan ramai, pada pemilihan barisan kepemimpinan baru Parti Islam Se-Malaysia (PAS) – terutama membabitkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. [+]

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT, POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: