RSS

Untuk Ustaz Nasha, Sabar sesungguhnya Allah bersamamu!

06 Jun
http://tin-buruk.blogspot.com/

Saya tak terlibat langsung dalam percaturan politik kepimpinan PAS untuk Muktamar ke-57 ini. Saya sekadar pemerhati yang prihatin, seorang yang taat kepada kepimpinan (ada bahasa blogger sebut wala` buta ; buta kerana mereka semua ‘buta hati’ dengan siasah harakah islamiyyah)

Kesempatan ini saya nak ucapkan tahniah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa, ya tahniah bukan atas kekalahan beliau walaupun ada yang mentafsirkan begitu kerana beliau terlepas daripada persoalaan Allah dengan kemampuan yang ada.

Tapi saya lebih kepada kesabaran beliau menghadapi tohmahan, cercaan dan nista hina sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini sehingga beliau macam fobia dengan akhbar dan orang-orang akhbar.

Saya juga kagum dengan beliau untuk tidak menarik diri dalam pertandingan ini, walaupun ramai yang datang untuk memberikan nasihat agar beliau menarik diri. Saya kagum dengan ungkapan ini…

“..ana menang jawatan nombor 2  dengan bertarung dalam gelanggang, jadi kalau ana nak kalah, ana nak kalah dalam gelangang ketika bertarung!” – Ustaz Nasha

Kalau saya mengundi pun, saya takkan pilih Ustaz Nasha. Saya nampak kelemahan beliau semenjak daripada beliau menjadi Setiausaha Agung lagi. Kita mengundi mengikut kesesuaian.

Jika ditakdirkan ada pertandingan merebut jawatan Khalifah antara Saidina Osman dan Khalid Ibnu Walid. Saya nescaya takkan pilih Khalid untuk menjadi Khalifah walaupun dia begitu hebat sehingga Saidina Omar pecat beliau kerana takuti mukmin pada masa terpesong akibat mempercayai kemenangan kerana Khalid bukan ketentuan Allah s.w.t. (Sekarang pun ada yang bercakap begitu seolah-olah stategi mengatasi prinsip agama)

Kalau ada yang nak marah, kerana beliau tak tarik diri sepatutnya marahlah orang yang boleh mengubah Tuan Ibrahim untuk bertanding. Anda juga boleh marahkan Dato’ Ustaz Harun Din atau Dato’ Ustaz Harun Taib kenapa ulama terlepas dalam pemilihan jawatan ini.

Sebenarnya tak guna kita mengungkit apa yang telah berlaku, tapi ambillah sebagai pengajaran buat kita semuanya ketentuan Allah. Perancangan bukan segala-galanya.

Hanya saya nak tegaskan, walaupun saya tak memilih Ustaz Nasharudin Mat Isa, saya tak pernah menuduh beliau ada apa-apa dengan UMNO. Tuduhan-tuduhan liar terhadap beliau semoga Allah akan membalasnya dan saya selalu berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada penyebar ftnah tak berasas ini.

Kita tak suka orang buat fitnah. Kita antara orang yang kedepan dalam menentang isu fitnah Anwar Ibrahim, tapi malangnya kita diam-diam adalah penyebar fitnah serta membuat tuduhan yang cukup berat kepada Ustaz Nasha. Adakah kita rasa kita akan terselamat daripada Mata Penglihatan Allah Azawajala?

Jadilah mukmin yang berbaik sangka….

Fitnah dan Tuduhan, Mampukan kita berhadapan dengan Allah?


Kempen pemilihan Muktamar PAS sudahpun selesai. Senarai ‘chai’ melalui SMS sudah berlalu. Cakap-cakap kedai kopi juga sudah tidak ada lagi.. sekadar tinggal adalah merai kemenangan atau merintis kekalahan.

Dalam kempen, walaupun berserban, berkupiah atau berbaju Melayu ala Anwar 80an tapi batas-batas kesedaran tentang bencana mulut tidak begitu diendahkan seolah-olah azab neraka ini untuk orang UMNO sahaja!

Blog, twitter atau facebook masih lagi hangat mungkin dunia sekarang lebih ke arah itu.

Saya tak berkenan betul dengan gambar yang diungkitkan oleh penulis blog PinkTurle2 berkaitan dengan Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Mengungkit kesalahan lalu untuk sentimen kebencian bukan cara orang mukmin buat kerja. Kalau Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah memaafkan dan memahami apa sebenarnya yang berlaku, anda sekadar tukang ambil gambar apa yang anda tahu?

Aka kelebihan anda dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz?

Sebagai orang mukmin kita diajar adab dan batas dalam membuat apa-apa persepsi, Jangan kebencian kita hilang pertimbangan dan akal keimanan membuat kita benci tak tentu pasal.

Kita akui Ustaz Nasha tidak mempunyai krisma anugerah Allah untuk menjadi pemimpin. Walaupun ilmunya tinggi dan anak murid khas Yusof Qardhawi tapi itu tidak menjamin dia menjadi pemimpin yang baik untuk satu gerakan Islam yang dinamik mengikut peredaran dan kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Beliau melepaskan peluang yang telah diberikan kepadanya beberapa tahun.

Tapi ini semua tidak memberikan lesen untuk mengenangkan kesilapan yang lalu (saya sekadar berpendapat kesilapan maklumat sahaja) untuk menghina dan mencerca beliau. Blogger-bloggerpun sebahagian besar juga ada dikalangan mereka yang “tahi UMNO’ sebelum ini.

Tolonglah ikut adab Islam, hormatilah orang supaya orang boleh menghormati kita. Allah pasti mentarbiyyah Ustaz Nasah dengan tarbiyyah yang ‘benar’ sudah pasti dia dikasihi Allah.

http://tin-buruk.blogspot.com/

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Jun 2011 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: