RSS

“Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar”

26 Jun

Kenyataan Rasmi: Ulamak Pelapis PAS

Kuala Lumpur, 25 Jun 2011 – Utusan Malaysia bertarikh 25 Jun 2011 yang menyiarkan berita bertajuk: “Motif tayangan dedahkan keruntuhan moral Anwar” ketika pengakuan Datuk ‘T’ di mahkamah menyebut bahawa pendedahan dan penayangan video seks menyerupai Ketua Pembangkang adalah untuk mendedahkan keruntuhan akhlak Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak dapat diterima.

Ini adalah kerana pengakuan yang dibuat oleh Trio Datuk ‘T’ tersebut sebenarnya mendedahkan keruntuhan moral dan akhlak mereka, tidak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhlak dan moral asasnya ditentukan oleh Islam. Mendedahkan video seks kepada orang ramai walau apa jua tujuannya adalah bertentangan dengan akhlak Islam.

Dalam menjaga akhlak, Islam telah mensyariatkan agar orang yang ingin menuduh orang lain berzina membawa 4 orang saksi yang adil ke mahkamah. Jika tuduhan dilakukan tanpa 4 orang saksi maka ia bertentangan dengan akhlak Islam dan boleh dijatuhkan hukuman Qazaf.

Dalam kes ini, jelas bahawa tayangan video seks oleh Trio Datuk ‘T’ adalah suatu keruntuhan akhlak. Bahkan mereka tanpa berselindung telah menyatakan di mahkamah bahawa pelaku seks video terbabit adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Trio Datuk ‘T’ tidak mempunyai hak untuk menyatakan bahawa pelaku seks video terbabit adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga dibuktikan dalam mahkamah.

Kenyataan seumpama itu adalah mendahului mahkamah dalam membuat keputusan. Sebuah mahkamah yang baik pula sepatutnya menolak dakwaan tersebut kerana tidak mempunyai 4 orang saksi.

Sikap Trio Datuk ‘T’ sepatutnya sebagai seorang muslim yang berakhlak mulia adalah bersangka baik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukannya mendedahkannya jika tidak mempunyai 4 orang saksi.

Ia diajar oleh Al-Quran apabila Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah s.a.w. dituduh berzina tanpa 4 orang saksi. Firman Allah yang bermaksud: “Mengapa semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang yang beriman lelaki dan perempuan tidak bersangka baik sesama sendiri dan berkata: Ini adalah ialah tuduhan dusta yang nyata.”

[Surah An-Nur: 12]


 
Tinggalkan komen

Posted by di 26 Jun 2011 in MINDA PEMIMPIN, POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: