RSS

Perutusan dari Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat menjelang Himpunan BERSIH

08 Jul

Tunjukkan Keperibadian Islam, pelihara ketenteraman awam dan usah layani provokasi

Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa  menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan. Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita , mereka adalah sebenarnya mad’u kita .

Para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali  mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam. Ianya ditegah di dalam Islam sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu kita tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian  rupa sama sekali. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku , maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah  agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi  kita sejak penubuhannya lagi.

Apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan kita. Bersabarlah kerana  ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. Itulah lumrah perjuangan para anbia’ , sahabat-sahabat  dan ulamak-ulamak serta pejuang-pejuang  sebelum daripada  kita.

Dewan Ulamak Pas Pusat juga turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan  kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia ini. Kepada kakitangan keselamatan !  sekiranya anda berniat ikhlas untuk  melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah InsyaAllah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami  dalam menjayakan tuntutan ini.  Ganjaran pahala pasti akan menunggu anda di hari akhirat nanti.

Siiru ‘ala barokatillah ( Teruskan perjalanan perjuangan anda dengan keberkatan Allah)

Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: