RSS

Dewan Ulamak PAS rakam ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarhamaha Dr. Lo’Lo’

19 Jul

Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga, kenalan dan mereka yang mengenali Allahyarhamaha Dr. Lo’Lo’ Mohd Ghazali yang kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Allahyarhamaha banyak mencurahkan keringat dan bakti kepada perjuangan Islam PAS disepanjang penglibatan beliau dalam parti, khususnya sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ahli Parlimen Titiwangsa. Sumbangan beliau adalah tersangat besar yang hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya.

Kehilangan beliau merupakan kehilangan sebutir permata di dalam PAS yang amat sukar dicari ganti. Kita berdoa agar ruh beliau ditempatkan bersama-sama dengan para anbia’, para sahabat, para  mujahidin dan orang-orang yang soleh.

Al-fatehah …

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Julai 2011 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: