RSS

Gempar : DAP keluar Pakatan Rakyat?

19 Jul
http://mutaligat.blogspot.com/

DAP keluar Pakatan Rakyat (PR)? Itulah yang diharapkan oleh Umno/BN. Isu terbaru yang melibatkan enakmen hiburan sekali lagi menggegarkan hubungan PAS dan DAP di Kedah. Isu ini bukan sahaja melibatkan PR Kedah.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan.

Perkembangan menyebabkan Umno/BN senyum lebar sampai ke telinga. Namun ianya hanya sebentar sahaja kerana ternyata matang dan professional dalam menjalinkan hubungan tidak sebagaimana BN yang menggunakan  strategi ugut, umpan dan rasuah untuk mengekalkan perpaduan dalam BN.

Akhirnya Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengetepikan tanggapan bahawa partinya akan meninggalkan Pakatan Rakyat ekoran kemunculan semula konflik dengan PAS sambil menegaskan, partinya tidak mempertimbangkan idea mengenainya dengan serius.

Pemimpin veteran itu menolak andaian bahawa PAS telah membelakangkan DAP apabila ia memutuskan untuk menguatkuasakan sepenuhnya enakmen yang melarang operasi pusat hiburan ketika bulan Ramadan.

Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri telah menunjukkan sikap tolak ansur dan kesediaan untuk menyelesaikan konflik menerusi perundingan.

“Isu ini menunjukkan kesediaan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, berbeza daripada Umno,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Salah faham sebenarnya mengenai enakmen 1997 yang diluluskan oleh Barisan Nasional (BN). Enakmen itu memberi kesan ke atas hak dan sensitiviti bukan Islam, tetapi kini ia sudah dibetulkan,” kata Lim.

Lim mengakui bahawa isu itu telah menyinggung ramai ahli PAS dan DAP, tetapi mengakui bahawa masalah tersebut telah diselesaikan dengan baik menerusi penyelesaian menang-menang oleh kedua-dua parti.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 19 Julai 2011 in 5 NEGERI PR, POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: