RSS

Polis tembak gas secara sejajar membahayakan

21 Jul
Hazayani Zakaria
Pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Fayyadh Afiq Al-Bakri hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan polis melepaskan gas pemedih mata di terowong KL Sentral sewaktu perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lau.Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pecah tulang pipi sebelah kiri akibat terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan pihak polis.

Fayyad, 25 terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Pantai pada 11 Julai lalu bagi meletakkan plat titanum bagi menggantikan tulang pipinya.

Pada hari tersebut, beliau cuba melindungi Anwar daripada terkena kanister itu dengan menolak Anwar ke tepi sehingga ianya terkena pipi kirinya.

“Saya menuntut siasatan segera, adil dan bebas mengenai serangan ke atas saya, Datuk Seri Anwar dan kumpulan tersebut.

“Saya percaya tindakan polis menembak secara sejajar ke dalam terowong adalah salah dan amat membahayakan saya dan semua yang berada di situ,” katanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani peguam R. Sivarasa (ahli Parlimen Subang), N. Surendran (Naib Presiden PKR), Latheefa Koya (Ketua Penerangan PKR), dan Fadiah Nadwa Fikri (Lawyer For Liberty).

Beliau juga meminta tindakan pendakwaan dilakukan ke atas semua anggota polis yang didapati bertanggungjawab.

“Setelah insiden ini berlaku saya mendapat tahu bahawa pegawai yang memberi arahan menembak adalah Wan Bari dan saya telah melihat video di mana saya melihat hampir dua belas das tembakan gas pemedih mata dilepaskan ke dalam terowong,” katanya.

Fayyad yang berkaca mata hitam bagaimanapun tidak bercakap kepada media selepas laporan itu dibuat sebaliknya hanya N Surendran dan Sivarasa yang membuat penjelasan.

Latheefa Koya berkata Fayyad masih dalam keadaan trauma dan matanya masih berair.

N Surendran berkata, tindakan polis itu jelas melanggar undang-undang kerana melepaskan gas secara berlebihan di dalam terowong.

“Tindakan polis itu ternyata salah sebab mengikut undang tak boleh lepaskan gas pemedih mata dalam terowong kerana asap yang terkumpul akan menjadi tebal dan membahayakan orang ramai,” katanya.

Tambahnya jika Fayyad tidak bertindak cepat, sudah tentu kanister itu akan mengenai tepat ke arah Anwar.

Anwar turut cedera di kepala dan lutut dan dikejarkan ke Hospital Pantai.

Turut mengalami kecederaan akibat terkena kanister gas pemedah mata yang dilepaskan secara rambang ialah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Julai 2011 in BERSIH 0.2

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: