RSS

‘IC Merah’ Berdaftar Sebagai Pengundi

02 Aug

http://pahangdaily.blogspot.com/

!

Panas dan sungguh mengejutkan bila kami mendapat maklumat ini. Ternyata, permainan “taktik kotor” yang dipelopori oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus didedahkan oleh rakyat mutakhir ini. Ia bagi membuktikan memang berlaku amalan tidak bersih dalam pilihanraya di Malaysia selama ini.

Malah, ia juga bagi menyedarkan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar yang masih mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti seandainya ada maklumat tentang penipuan dalam pilihanraya termasuk isu pengundi hantu. Malah, dengan bangganya dia tergamak mengatakan kononnya SPR berlaku adil kepada rakyat Malaysia dalam setiap kali musim pilihanraya.

Beliau seolah-olah tidak mahu berpijak dibumi yang nyata dan menganggap rakyat Malaysia “bodoh” seperti sesetengah pihak. Inilah yang berlaku sebenarnya. Lantaran itulah mereka-mereka yang bermentaliti seperti ini begitu tidak selesa dan tidak boleh menerima Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai baru-baru ini.


Bukti, keratan semakan yang telah pun dibuat di laman web rasmi SPR

Justeru itulah, bagi membuktikan kepincangan yang berlaku kepada agensi terbabit maka pendedahan demi pendedahan terus dilakukan oleh rakyat. Terbaru, menerusi email yang kami terima menyatakan terdapat bukti kukuh terdapat permastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan merah juga boleh mengundi di Malaysia.

Perkara itu disedari ketika pihak terbabit membuat semakan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih SPR baru-baru ini. Mujurlah ada tempoh tujuh hari untuk pihak terbabit membantah dengan bayaran RM200. Jika tidak, sudah pasti individu yang bernama Mismah pemegang IC Merah 640704715238 boleh mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.

Bukti semakan boleh dirujuk di laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) http://www.jpn.gov.my/sema​kic/ dan di laman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) http://daftarj.spr.gov.my/​NEWDAFTARJ/.

 
1 Komen

Posted by di 2 Ogos 2011 in POLITIK

 

One response to “‘IC Merah’ Berdaftar Sebagai Pengundi

  1. cyberxism

    4 Ogos 2011 at 3:11 AM

    Saya ada 1 soalan. Jadi sila jawab jika ustaz rasa ustaz boleh jawab:

    Sebelum saya tanya. Mari kita ambil sedikit ilmu mengenai status penduduk tetap di Malaysia ni. Penduduk tetap di Malaysia berjumlah lebih daripada 8 Juta dan kebanyakan mereka mendapat status PR dari program kebajikan yang dianjurkan oleh badan UNHCR, JAKIM, PERKIM dan sebagainya. Kebanyakan PR di Malaysia terdiri daripada kaum cina, india, dan lain2. Mereka juga terdiri daripada golongan yang cerdik pandai dan diambil oleh kerajaan untuk mereka berbakti pada negara. Seperi pelabur, ahli santis dan lain2. Mereka (penduduk tetap) berhak mendapat status penuh warganegara Malaysia (IC biru) sekiranya mereka memohon dan melalui beberapa test yang diberikan oleh kerajaan. Seperti ujian pemahaman strukture pemerintahan negara, sejarah malaysia, pemahaman tentang undang2 malaysia, tentang institusi diraja dan sebagainya yg berkaitan dengan Malaysia. Seseorang yang berstatus penduduk tetap berumur 21 tahun ke atas dan menetap di Malaysia selama lebih daripada 15 tahun, berhak mendapat status warganegara dengan syarat yang ditentukan oleh kerajaan. Oleh itu soalan saya:

    1) Jika puan Mismah, mendapat IC biru dengan mempunyai syarat yang ditentukan kenapa isu ini perlu di’kecoh’kan ? Dalam article atau apa sahaja cerita mengenai puan Mismah ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa puan Mismah ini dapat IC ‘dalam beberapa jam’ dan mendapat kelayakan mengundi ‘dalam beberapa jam’. Tiada bukti yang menghuraikan maksud ‘beberapa jam’. Sekiranya puan Mismah layak mendapat IC biru dengan syarat yang diberikan, tak peliklah kalau puan Mismah pun boleh mengundi kerana beliau berumur 21 tahun ke atas.

    Soalan saya tu jelas. beri saya 1 sebab kenapa puan Mismah tak layak mengundi.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: