RSS

Kerakyatan Segera: Petaka dan Bala kepada Negara

04 Aug
Oleh Chegu Zul
Kemuncak kepada pembohongan dan penipu terbongkar dan dibongkarkan. Tindakan menjual negara dengan cara ‘mudah’ memberi kerakyatan kepada ‘orang luar’ atas operasi mendaftar mereka melalu kaedah biometrik.

Penipuan ini sudah tidak dapat disusup dan disorok. Sebabnya mereka yang dipaksa ‘bekerja’ untuk Umno Bn dan kerajaan sudah engkar dan enggan lagi berselinkuh dengan kerajaan.

Dapatan dan pembuktian bagaimana Mismah yang memegang kad pengenalan PR dalam masa 3 jam sudah mendapat Mykad (bermutu tinggi). Ini semua dibuktikan dengan pembuktian yang tidak dapat lagi didolak dalik kan.

Satu masa dahulu , dalam buku sejarah orang melayu dan pejuang Melayu khasnya Umno menempelak pemimpin2 Melayu yang memberi kerakyatan secara ‘jus soli’ kepada orang Cina dan India waktu itu.

Isu ini menjadi sensitif sehinggalah ke tahun-tahun 1980an masih belum reda dan padam. Marahnya para pejuang terhadap hal ini bukan kepalang. Banyak buku-buku makalah rencana di dalam media membelasah pemimpin kita waktu itu yang pendek akal dan kesannya sehingga sekarang.

Kini sejarah kembali berulang, dan kerakyatan amat dahsyat melanda negara. ini adalah salah satu malapetaka pada masa depan rakyat Malaysia.

Marah sahaja tidak ada guna, ayuh lakukan perubahan. Tolak Umno Barisan pada PRU akan datang

 
1 Komen

Posted by di 4 Ogos 2011 in ISU SEMASA

 

One response to “Kerakyatan Segera: Petaka dan Bala kepada Negara

  1. cyberxism

    4 Ogos 2011 at 3:21 AM

    Saya ada 1 soalan. Jadi sila jawab jika ustaz rasa ustaz boleh jawab:

    Sebelum saya tanya. Mari kita ambil sedikit ilmu mengenai status penduduk tetap di Malaysia ni. Penduduk tetap di Malaysia berjumlah lebih daripada 8 Juta dan kebanyakan mereka mendapat status PR dari program kebajikan yang dianjurkan oleh badan UNHCR, JAKIM, PERKIM dan sebagainya. Kebanyakan PR di Malaysia terdiri daripada kaum cina, india, dan lain2. Mereka juga terdiri daripada golongan yang cerdik pandai dan diambil oleh kerajaan untuk mereka berbakti pada negara. Seperi pelabur, ahli santis dan lain2. Mereka (penduduk tetap) berhak mendapat status penuh warganegara Malaysia (IC biru) sekiranya mereka memohon dan melalui beberapa test yang diberikan oleh kerajaan. Seperti ujian pemahaman strukture pemerintahan negara, sejarah malaysia, pemahaman tentang undang2 malaysia, tentang institusi diraja dan sebagainya yg berkaitan dengan Malaysia. Seseorang yang berstatus penduduk tetap berumur 21 tahun ke atas dan menetap di Malaysia selama lebih daripada 15 tahun, berhak mendapat status warganegara dengan syarat yang ditentukan oleh kerajaan. Oleh itu soalan saya:

    1) Jika puan Mismah, mendapat IC biru dengan mempunyai syarat yang ditentukan kenapa isu ini perlu di’kecoh’kan ? Dalam article atau apa sahaja cerita mengenai puan Mismah ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa puan Mismah ini dapat IC ‘dalam beberapa jam’ dan mendapat kelayakan mengundi ‘dalam beberapa jam’. Tiada bukti yang menghuraikan maksud ‘beberapa jam’. Sekiranya puan Mismah layak mendapat IC biru dengan syarat yang diberikan, tak peliklah kalau puan Mismah pun boleh mengundi kerana beliau berumur 21 tahun ke atas.

    Soalan saya tu jelas. beri saya 1 sebab kenapa puan Mismah tak layak mengundi.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: