RSS

Beza Antara Pengundi Tulen Dan Pengundi Hantu

12 Aug
Pemuda PAS mendakwa mendapat bukti terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang membabitkan Umno, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda, Suhaizan Kaiat.

Beliau memberi contoh tiga individuyang didaftarkan sebagai pengundi cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.

Beliau berkata, Mohd Bahar Omar hanya dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 dua digit terakhir kad pengenalan.

“Mohd Bahar yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Pemuda Umno Jalan Junjung dalam parlimen Kulim-Bandar Baru.

“Manakala seorang lagi Mohd Bahar yang mempunyai kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu,” katanya.

Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, turut mendedahkan dua lagi identiti yang didakwa mempuntai dua kad pengenalan hampir sama.

Faten Diana Hassan dari Tumpat Kelantan juga mempunyai kad pengenalan dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka.

Beliau yang memegang kad pengenalan bernombor 810822035400dakwa Suhaizan adalah ahli Puteri Umno bahagian Tumpat.

Pengundi hantu

Manakala identiti kedua menggunakan nama yang sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

“Dua identiti yang menggunakan nama Sharina Mat Arif hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka.

“Identiti yang mempunyai nombor kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno DUN Santan dalam Parlimen Padang Besar.

“Identiti kedua Sharina yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu,” tambahnya.

Menurut Suhaizan, berkemungkinan mereka boleh menggundi dua kali dengan menyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut :

  • Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
  • Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
  • Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
  • Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
  • Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.FMT

Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Ogos 2011 in POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: