18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.
Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu
1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British
2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling
3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka.
Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC).
Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah….
Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata “kemerdekaan setengah masak”, apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu)termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong.
Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termasuk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka’ dengan mengatakan “..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka” inilah ejekkan umno terhadap PKMM.
Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak, barua dan balaci British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu. Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan.
20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.
Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar umno ialah umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh umno, semoga Laknat Allah atas umno dari dulu hingga kini yang masih kekalkan sistem kufar itu.
Orang melayu di negara ini sewajarnya berterima kasih kepada PKM terutama Chin Peng yang berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana umno adalah kuli batak, barua, balaci dan bolehlah dianugerahkan sebagai `binatang ternak’ British maka umno menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney dibeberapa tempat di negara ini.
Celaka umno Laknatullah, kamu telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengwujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi `binatang ternak’ British dan `binatang ternak’ setan, umno adalah `thoghut’ dulu dan kini…
Mohd Azhar Md Dawi
10 April 2012 at 12:27 AM
Kalau dah asal mcm tu, skrg lglah barua………
Afa Omar
1 Julai 2013 at 6:06 PM
Orang Melayu ni banyak sembang dan banyak bunyi tapi tak ada isi.
Persoalan-nya adakah orang Melayu ni betul-betul berani, atau “pilih lawan” untuk jadi berani?
Agak-agak lawan yang boleh makan, dia berani la.
Hakikatnya Melayu adalah bangsa yang dayus dan tidak dihormati bangsa lain. Propaganda keberanian dan laungan darah perwira melayu ni lebih pada angan-angan. Adapun Perjuangan segelintir perwira melayu yang sesungguhnya berani, semua penumpahan darah menjadi pengorbanan sia-sia sahaja, banyak tanah dan maruah melayu “digadai balik” pemerintah-pemerintah melayu yang dayus. Rata-ratanya bangsa melayu pengecut kerana membiarkan ianya berlaku.
Kalau adapun kisah Melayu yang “berani” sekalipun, seperti contohnya “penentangan komunis” – ini adalah kerana kuasa penjajah yang menolong. Penjajah yang mengusap kepala menepuk belakang membelai orang melayu barua menjadi “berani”serta membekalkan ilmu senjata. Ideologi Komunis yang bertapak tak sampai beberapa tahun rela diperangi pulak?, sedangkan penjajah dibiarkan memperkosa tanah air 450 tahun lamanya, mana dia keberanian? mana dia maruah orang Melayu yang sepatutnya bangkit bersatu untuk menentang? Semua orang tahu akan sejarah ini, rata-rata bangsa asing sering mengetengahkan fakta ini untuk memperlekehkan bangsa Melayu. Bangsa melayu adalah bangsa dayus dan pengecut angkara pemerintah yang bacul. tak payahlah nak poyo dan syok sendiri.
Hakikatnya, 450 tahun kena jajah, orang melayu hanya mampu tunduk pujuk dan rayu. Mana letaknya air muka? Kalau hendak dibandingkan, mulia lagi bangsa Algeria, Indonesia, Afghanistan atau Vietnam yang berani melawan dan menghalau penjajahan.
Satu persatu penjajah datang dan pergi, orang melayu hanya mampu jadi pengampu dan barua di tanah air sendiri. Kalau ada pun yang berani menentang, Semuanya kena tuduh derhaka atau dikhianat pemerintah dan bangsa sendiri. Lihat balik pada sejarah, dan perhatikan berapa banyaknya pejuang dikhianati bangsa sendiri? Orang melayu memang suka tikam belakang berpaling tadah, rela menjadi barua untuk kepentingan peribadi. Sedarlah diri wahai orang melayu, tak payah angan-angan hidup berpura-pura. – orang rata-rata boleh melihat dan menilai sendiri. Ini hakikat sejarah – fahami mesej yang nak disampaikan penulis dan jangan pulak nak bebai emosi tuduh macam macam. Kalau tersinggung padan muka, dah jangan poyo.
Sehingganya ada seorang pemimpin yang betul betul berani dan berpendirian – Melayu akan jadi bangsa barua di tanah air sendiri buat selama-lamanya. Tak guna nak korban diri tolong orang melayu ni lebih lebih – nanti kena tikam belakang.
Orang melayu ni umpama menang bolasepak Toyota Cup tapi ghairah macam menang World Cup – Jagoh Kampong, Poyo lebih