RSS

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media

16 Sep

Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan    dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.

Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran “jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka”. Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda ” kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.”

PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan.

Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.

“Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya” – berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka.

PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia – seperti  Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.

Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.

Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.

Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.

Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi Umno BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan.

Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah – sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.

Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, ‘Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang Umno yang lemas ini.’ InsyaAllah.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

 
Tinggalkan komen

Posted by di 16 September 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: