RSS

Kepentingan Memahami Maqasid dan Wasilah Dalam Perjuangan

17 Sep


Taiping, – Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan tentang kepentingan para pekerja di dalam gerakan Islam khususnya para pendokong PAS agar memahami secara lebih mendalam berkenaan dengan maqasid dan wasilah dalam perjuangan sepertimana yang telah digarap oleh para ulamak silam dan sekarang di dalam karangan serta penulisan mereka.

 

Beliau menegaskan demikian dalam pertemuan bulanan Liqa’ Fikri yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Perak dengan kerjasama Lajnah Tarbiyah Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Kefahaman tentang maqasid dan wasilah ini pasti akan menjadi panduan yang jelas kepada pendokong dan penyokong PAS untuk memahami pendekatan ijtihad politik yang menjadi teras kepada perjuangan PAS sekarang ini dalam menyampaikan keindahan Islam kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada penganut Islam ataupun bukan Islam.

“Perjuangan Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w memberikan pelbagai panduan kepada kita pada hari ini dalam menangani isu-isu semasa yang bukan sahaja mempunyai kaitan dengan orang-orang Islam bahkan juga turut menangani pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh pelbagai bangsa dan agama. Ianya adalah selari dengan sifat Islam itu sendiri yang bersifat adil dan membawa obor kerahmatan kepada sekalian alam”, kata beliau ketika dihubungi baru-baru ini.

“Pendekatan Rasulullah dengan Abu Talib yang merupakan seorang yang bukan Islam serta¬† penggunaan khidmat orang bukan Islam dalam melebarluaskan lagi jaringan keadilan dan kerahmatan Islam memberikan seribu makna dan pengertian yang besar kepada kita sebagai panduan dalam perjuangan PAS di Malaysia pada hari ini”, tambah beliau.

“Dengan kefahaman yang jelas tentang maqasid dan wasilah dalam perjuangan ini, insyaAllah akan memudahkan lagi kepada PAS dalam merealisasikan cita-cita dan matlamatnya, kepimpinan yang mantap akan terus menyerlah dengan adanya para pendokong dan penyokong yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah s.w.t”, ujar beliau lagi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: