RSS

Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan – A Samad Said

17 Sep

“Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan.”

“…Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya.”

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul “Milik siapakah kemerdekaan ini?” di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung “bagaimana kemerdekaan itu harus disambut”.

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa “British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah.”

“Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman,” katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan “kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin” kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

“Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British,” simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa “Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan”; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah “kemerdekaan” pada gelaran “Bapa Kemerdekaan” yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

~ Merdeka Review

 
Tinggalkan komen

Posted by di 17 September 2011 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: