RSS

8 saranan Hurgronje (Dasar Islam/Etika) Belanda Di Indonesia

25 Sep

Oleh: ustaznik

snouck hurgronjeSnouck Hurgronje ialah seorang orientalis Belanda yang terkenal. Beliau telah memberikan 8 saranan kepada dasar pemerintahan Belanda di Indonesia yang berhubung dengan Dasar Islam (Dasar Etika) Belanda:

1.Pemerintah Belanda tidak perlu takut terhadap pengaruh haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban iaitu simbol haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap fanatik atau benci kepada orang kafir. Tetapi, jika mereka pulang dengan berbekalkan ilmu pengetahuan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, termasuk politik, maka mereka patutlah diawasi.

Ini bermakna bahawa mereka perlulah didekati sebagai kawan dan dipengaruhi secara halus supaya mereka berubah menjadi golongan yang menghormati pihak Belanda. Pengaruh haji Indonesia yang mengancam kestabilan pemerintah boleh diakhiri apabila pemerintah mendekati ulama Makkah yang menjadi guru kepada para jemaah haji Indonesia itu dan menjadikan mereka ini sebagai kawan.

kuliah berkaitan: 1 (0)2 (0)3 (0)

 

2.Pemerintah Belanda tidak perlu takut dengan gerakan Pan-Islamisme kerana tidak terdapat ikatan yang kuat dalam kalangan umat Islam seperti yang berlaku dalam kalangan kaum Kristian Katholik yang dikepalai oleh Pope (Paus). Sehubungan dengan ini sistem khalifah Turki tidak lagi berkesan sebagai alat pan-Islam. Sebaliknya Turki Uthmaniyyah hanya wujud sebagai satu sistem politik yang kuno dan tidak bermaya.

3.Pemerintah patut bersikap berkecuali terhadap para ulama mengajar agama Islam hanya sebagai ritual (ibadah khusus). Tetapi ia harus bertindak tegas terhadap ulama yang menekankan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap, yakni menjangkau juga persoalan politik.

4.Pemerintah harus berusaha mencegah para ulama agar jangan sampai menduduki badan-badan eksekutif. Sekiranya hal ini berlaku, maka masalah yang rumit akan muncul kerana tidak mungkin terjalin hubungan yang baik antara Pemerintah Belanda dengan rakyat Indonesia yang majoritinya beragama Islam.

5.Pemerintah Belanda harus menyempitkan ruang gerak dan pengaruh Islam. Hal ini dapat dicapai melalui usaha kerjasama kebudayaan Indonesia-Belanda. Program ini dapat dimulai denagn memperalatkan golongan priyayi (bangsawan) yang selalu berdekatan dengan pemerintah kerana mereka kebanyakannya menjawat jawatan sebagai Pamong Praja (Ketua Daerah). Untuk melancarkan usaha tersebut, caranya ialah dengan mendidik golongan priyayi dengan pendidikan Barat.

6.Pemerintah Barat patut membantu menghidupkan golongan pemangku adat kerana mereka adalah penentang Islam. Penentangan itu berlaku kerana Lembaga Adat dibentuk oleh tradisi tempatan, sedangkan Islam bersifat universal. Keadaan ini memudahkan pemerintah dalam usahanya untuk menyempitkan ruang gerak dan pengaruh Islam apabila ia bekerjasama dengan golongan pemangku adat.

7.Dalam menghadapi Perang Acheh hendaklah dijalankan operasi militant di daerah-daerah pedalaman dan pemerintah perlu bertindak keras terhadap para ulama kampong dan mereka ini janganlah diberi kesempatan untuk menyusun kekuatan dengan membentuk para santrinya sebagai pasukan sukarelawan. Terhadap orang Islam awam, pemerintah harus meyakinkan mereka bahawa pemerintah melindungi agama Islam. Usaha ini harus dijalankan dengan bantuan para Kepala Adat.

8.Pemerintah harus memisahkan antara Islam sebagai agama dengan Islam sebagai doktrin politik. Makin jarak antara keduanya itu akan mempercepatkan proses kehancuran Islam.

(Fadhullah Jamil, Krisis dan Ancaman, ms 93-94 dipetik dari O.Hashem, Menaklukkan Dunia Islam, halaman 28-29)

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 September 2011 in BERITA DUNIA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: