RSS

Ulamak Diseru Bersiap untuk Pilihanraya Dengan Kekuatan Islam

25 Sep

Perak,25hb. Sep 2011. Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yaakob menyeru kepada para pejuang Pas khususnya para ulamak supaya memperkukuhkan tarbiah dan thabat dalam perjuangan khususnya menghadapi cabaran yang semakin besar sekarang dalam usaha untuk sampai ke Putrajaya.

Menurut beliau lagi, menjadi tanggungjawab kepada para petugas khususnya para ulamak untuk memberikan kefahaman kepada seluruh rakyat Malaysia berkenaan perjuangan Pas untuk menegakkan keadilan Islam di negara ini.

“Al-fahmu merupakan asas kepada kejayaan perjuangan kita , itulah yang terkandung dalam salah satu kaedah dalam method dakwah kita untuk menanamkan keyakinan kepada masyarakat” kata beliau dalam salah satu taujihat yang disampaikan kepada para peserta retreat Dewan Ulamak Pas Pusat yang diadakan di Perak pada hari semalam.

Beliau turut menjelaskan tentang pentingnya para ulamak memfokuskan kepada kerja-kerja kebajikan dalam mendekati para mad’u bahkan ianya merupakan di antara kunci utama kejayaan dalam gerakan dakwah Islam.

Menurut beliau lagi “Para Ulamak hendaklah membuat persiapan untuk menguruskan kemenangan berdasarkan tuntutan Islam”

“Dewan Ulamak diharap dapat memainkan peranan di negeri masing-masing mengikut kesesuaian masing-masing agar rakyat memberikan kepercayaan kepada perjuangan Islam”ujar beliau yang juga merangkap sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25 September 2011 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: