RSS

Hudud: Najib Jangan Putar Belit Berkenaan Hudud dan Maqasid

27 Sep

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) meminta supaya Perdana Menteri Malaysia yang memimpin Umno supaya memperbetulkan kefahaman berkenaan Hudud memandangkan beliau merupakan seorang Islam dan memimpin sebuah parti yang  majoriti ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Najib pada hari semalam sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama yang melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana meraikan maqasid Syariah.

Menurut beliau lagi, Maqasid Syariah adalah merupakan satu kefahaman yang penting di dalam Ilmu Islam. Ianya tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu apatah lagi untuk menyelamatkan sebuah parti yang bakal karam.

“Matlamat maqasid ialah memastikan keadilan tercapai, maqasid bukan digunakan untuk meghalalkan ‘pemandulan’ hukum hudud”, tegas beliau ketika dihubungi semalam.

Kenyataan ini merujuk kepada kenyataan Najib semalam sepertimana yang dilaporkan Bernama dipetik berkata: “Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip Maqasid Syariah boleh dan mampu kita pertahankan”, kata Najib.

Yb. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib  berkata lagi: “Kenyataan Najib melambangkan beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan maqasid, matlamat maqasid ialah mencapai keadilan, jadi semua yang datang daripada Allah s.w.t adalah adil termasuklah hukum hudud, kalau Islam hanya dengan maqasid sahaja maka tidak gunalah syariat Islam”.

“Adil bukan boleh ditafsir oleh akal manusia sahaja tanpa panduan wahyu”, tambah beliau.

“Inilah sebab sebenar mengapa kita lawan Umno, prinsip kita amat berbeza sekali dengan Umno, saya juga ambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh agamawan dan mereka yang masih cintakan Islam dalam Umno supaya meninggalkan segera parti itu kerana Umno tidak membela undang-undang Islam secara sepatutnya”, ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir Terengganu.

 
1 Komen

Posted by di 27 September 2011 in MINDA PEMIMPIN

 

One response to “Hudud: Najib Jangan Putar Belit Berkenaan Hudud dan Maqasid

  1. Zamelah Abdul Hamid

    21 Mac 2012 at 11:21 PM

    saya sebagai warganegara malaysia hendak membuat suatu cadagan kepada kerajaan DATO SERI NAJIB, BN.sekiranya BN nak menang pilihan raya kali ini,mansuhkan semua senarai hitam dan bankrapaan. BN akan menang semua tempat diseluruh malaysia. kita akan sokong perdana menteri kita sekiranya dia umumkan hal ini. MANSUHKAN KESEMUA SENARAI HITAM DAN BANKRAPAN.ini adalah suatu cadangan untuk menang.BN HIDUP !!! cadangan ini untuk perdana menteri kita,DATO SERI NAJIB.

     

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: