RSS

RASMI SUDAH MEREKA MENOLAK HUKUM ALLAH….. SUBHANALLAH!!

27 Sep
Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti – PM

Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia – Najib

KAMPAR: Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.

Menurutnya, keseimbangan masyarakat yang terdapat di negara ini tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuat kuasakan.

“Jika kita bertanya kepada golongan ulama, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan sekiranya kita tidak mengambilkira keadaan persekitaran dan realiti.

“Tambahan pula, matlamat pengurusan menurut Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang melindungi agama, kehidupan, moral, harta dan hubungan sesama manusia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tanjung Tualang 1Malaysia di sini, Sabtu.

Perdana Menteri berkata, mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, prinsip dan objektif syariah maqasid boleh diperjuangkan.

Ditanya sama ada undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Mohd Najib berkata elemen hudud sudah dipraktikkan dalam sistem sedia ada namun ‘bahagian yang keterlaluan ditolak ke tepi’.

“Ini tidak bermakna tiada langsung undang-undang Islam dilaksanakan di Malaysia,” katanya.mStar

………………………………………………………………………

Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan – PM

Ditanya mengenai pendirian kerajaan berhubung hukum hudud, Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di dalam negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.Bernama

………………………………………………………….

Ulasan Kucing Kota…

Sebelum Pas membuat tafsiran Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yg diluluskan oleh kerajaan PAS di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Professor Ahmad Ibrahim Almarhum seorang pakar syariah tokoh pensyarah undang2 Islam lebih dahulu telah menerbitkan naskah buku menyusun kaedah undang2 syariah menurut seperti yang tertulis dalam AlQuran. Tujuan beliau menerbitkan naskah undang2 ini pada tahun 1991 semoga menjadi rujukan kepada kerajaan Malaysia yang pernah mencabar para agamawan tunjukan bentuk dan tafsiran Undang Hudud dan syariah. Malangnya usaha beliau tidak dipedulikan oleh kerajaan Umno.
Pas mengambil inisiatif merujuk naskah professor ini disamping merujuk kitab2 tafsir yang ditulis oleh ulamak muktabar dunia.
Kita tidak hairan kalau Dr. Mahathir anti dengan undang2 Islam kerana semasa beliau menjadi PM, banyak kenyataannya bertentangan dengan perkara hukum dan aqidah Islam. Mana mungkin Mahathir mahu Islam ikut kehendak dia. Hamba Allah ini
cuba bercakap perkara bukan bidang ilmunya tentu saja sesat lagi menyesatkan.
Setelah Dr. M mempertikaikan undang kanun jenayah dan hudud pas semasa beliau menjadi PM.
Pas telah beberapa kali memohon kerajaan Islam Umno supaya menderaf atau menyusun kaedah undang2 Islam yang menurut fahaman Umno. Tetapi hingga sekarang setelah berganti dua orang PM. Umno tak mampu buat sebarispun undang syriah yang dia tak payah pertikaikan.

Kalau Islam Umno mampu buat sendiri kanun undang2 syariah versi yang lebih baik dari versi Pas, tentu tidak timbul Pas bekerjasama dengan kafir dan lain perkara yang dijadikan isu oleh Umno. Kerana Pas wajib dibubarkan dan wajib bersama parti kebangsaan melayu (Islam) Malaysia. tentu tak lunak nak sebut Umno lagi…
Wallahua’lam……….
By: Kucing Kota on September 9, 2011
at 12:22 pm

Kesenambungan sifat munafiq ini telah diwarisi oleh Najib dan kepimpinan Umngok.
Cara mereka mempertahankan legasi Lord Reid ini dengan kenyataan ” berkata walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya perlu berasaskan kepada realiti.” Mahyudin kata tidak sesuai.
Dengan sendirinya kenyataan 2 makhluk ciptaan Allah membawa maksud Allah itu tidak sempurna sifatnya.

Hebat betul dua manusia ini….

Untuk kumpulan penyokong Abu lahab dalam blog ini…
Kalau dah bengap dan bangang. Bodoh tak boleh diajar nak kata cerdik tapi jahil murakkab. Semasa mati nanti memang elok dikafankan dengan bendera cop keris telanjang…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 September 2011 in FIQAH ISLAM

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: