RSS

Ulamak PAS bersiap gempur Umno PRU 13

28 Sep

Kuala Lumpur,28hb Sep 2011. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno-BN dalam PRU 13 yang akan datang.

Menurut beliau lagi Dewan Ulamak  telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah s.w.t.  Ianya merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat DUPP yang telah diadakan di Perak baru-baru ini.

“Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja” tegas beliau.

“InsyaAllah kita akan menyediakan 12 orang khutaba’ mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak PAS Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan”tambah beliau.

“Buku manual ini akan mendedahkan bagaimana Umno gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang, ianya adalah buku yang ingin memberi nasihat seluruh rakyat Malaysia dan  Umno secara tidak lansungnya supaya kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita”kata beliau lagi.

“Kita menyeru kepada semua ahli Dewan Ulamak sama ada pada peringkat Pusat ataupun Negeri agar berada dalam bersiap dan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan dan yang paling penting senantiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya segala usaha kita ini diberkati oleh Allah s.w.t kerana itulah matlamat utama perjuangan kita” ujar beliau lagi.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 28 September 2011 in MINDA PEMIMPIN, POLITIK

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: