RSS

PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG

11 Oct

Kesian betul ya rakyat Pahang ni. Selalu betul buat aduan dalam akhbar penderitaan mereka. Kenapa sampai jadi begini, nak ganti jambatan gantung yang agaknya tak sampai RM1 juta pun kena masuk akhbar. Mana pergi wakil rakyat atau ahli parlimen di Pahang ni?

PENDUDUK DUA KAMPUNG MOHON GANTI JAMBATAN GANTUNG

TEMERLOH  – Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Arifin Singah, 75, berkata, jambatan gantung yang berusia separuh abad itu sudah tidak lagi sesuai kerana faktor pertambahan penduduk dan kenderaan.

“Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan.

“Setiap tahun jambatan itu dibaiki dengan kos yang tinggi. Apa salah kiranya kos itu digunakan untuk membina sebuah jambatan konkrit yang lebih selamat dan mampu dilalui oleh kereta,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Marto Marjo, 52, pula berkata, jambatan itu hanya boleh dilalui oleh motosikal manakala kereta pula perlu diletakkan di seberang jika ingin ke bandar Mentakab yang terletak kira-kira empat kilometer.

Katanya, penduduk juga bimbang kereta yang ditinggalkan di seberang dicuri atau dihempap pokok seperti kejadian ribut yang berlaku beberapa bulan lalu.

“Jika jambatan ini diganti dengan jambatan konkrit, ia memudahkan penduduk membawa kereta selain boleh disimpan di pekarangan rumah masing-masing.

Kami tidak mahu jambatan yang besar tetapi cukuplah sekadar boleh dilalui sebuah kereta,” katanya. Bukhari Sinin, 56, pula berkata, tali pengikat jambatan itu sendiri sudah tidak kukuh dan kerap terputus menyebabkan mereka berasa tidak selamat menggunakan jambatan itu.

“Penduduk sudah mohon supaya jambatan konkrit dibina. Namun masih belum ada tindakan. Cuma kerja-kerja membaiki jambatan itu dilaksanakan.

”Sampai bila kami perlu mempertaruhkan nyawa terutama murid-murid yang cukup berisiko terjatuh ke dalam sungai ketika menggunakan jambatan itu ke sekolah,” katanya.

Sumber: utusan.com.my

 
Tinggalkan komen

Posted by di 11 Oktober 2011 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: