RSS

Luluskan Akta Murtad di Parlimen dan Bukannya Di Stadium

27 Oct

Kuala Lumpur, 25hb Okt 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,Yb. Dato’ Tuan Guru Hj Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Enakmen Undang-undang hudud yang juga turut menangani masalah hukuman riddah di Parlimen dan bukannya di stadium.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang dilaporkan Utusan hari ini yang mana beliau menyatakan hala tuju perjuangan Pas kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS ini dipercayai merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen. PAS sudah tiga kali membawa undang undang Persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang  memerlukan cadangan daripada anggota  kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut beliau lagi, undang-undang Hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.

Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpunan baru-baru ini dengan berkata ” Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik,PAS menghormati situasi tersebut, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan, meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen”

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27 Oktober 2011 in MINDA PEMIMPIN, Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: