RSS

Ulamak Jelajah Malaysia Lancar Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki

23 Nov
 Dewan Ulamak PAS Pusat telah melancarkan Siri Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki yang telah berjaya diadakan sebagai permulaannya di dua negeri iaitu Johor Darul Takzim dan di negeri Terengganu Darul Iman. Siri Penyusunan Jentera dan Penjelasan Isu-isu semasa ini insyAllah akan menjelajah semua negeri-negeri di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah.

Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali ketika menjelaskan tentang roadmap yang telah disediakan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.

“Alhamdulillah kita telah mulakannya di Terengganu dan di Johor, kita mendapati sambutan adalah amat menggalakkan sekali, ramai para ulamak telah turun untuk menyatakan kesedian mereka untuk merungkai rangkaian kezaliman ” tegas beliau lagi.

“InsyaAllah Dewan Ulamak amat bersedia pada kali ini untuk membantu jentera pilihanraya PAS Pusat dengan kepakaran dan kesungguhan yang kita miliki, Ulamak bertekad untuk menuju ke Putrajaya pada kali ini” terang beliau lagi.

“Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki mengandungi dua pembentangan kertas kerja, yang pertama menjelaskan tentang kaitan tugas ulamak dalam pilihanraya sebagai ribat untuk merungkai kezaliman dan kertas kerja kedua pemberi penerangan tentang isu-isu semasa mengikut kacamata Islam” ujar beliau lagi ketika dihubungi selepas membentangkan kertas kerja di Terengganu.

“Kita mahu prinsip ribat ini dihadami oleh seluruh petugas Dewan Ulamak PAS secara khusus dan seluruh jentera Pilihanraya PAS secara amnya” tambah beliau lagi.

Sementara itu, Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki di Johor telah berjaya diadakan pada hari sabtu yang lalu dengan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para ahli Dewan Ulamak PAS dari seluruh Negeri Johor.

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussein ketika dihubungi berkata bahawa pihaknya amat berpuas hati di atas sambutan yang menggalakkan daripada para peserta.

Di Johor, pembentang kertas kerja pertama dibentangkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussein sendiri dan kertas kerja kedua dibentangkan oleh Dr. Nazri wakil dari pusat.

Manakala pada hari ini, Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki sedang berlansung di Kedah yang menghimpun tiga negeri di sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 23 November 2011 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: