RSS

Soal calon hanya diputus Majlis Syura – Kenapa KP Selangor mendahului Syura????

14 Dec
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 13 Dis:PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ianya masih belum diputuskan.

Menurut Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS.

Termasuk dalam iau kedudukan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali  ujarnya, Majlis Syura belum membuat sebarang keputusan kerana belum menerima pencalonan dari PAS negeri Selangor.

“Sekali pun nama berliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kredibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon.,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, sehingga kini Majlis Syura PAS hanya menerima  60 peratus sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan parti itu.

Selain negeri Selangor, beberapa negeri lain juga masih belum menghantar senarai calon tersebut.

“Ia bermula peringkat cawangan di mana setiap cawangan memberi tiga nama calon dirasakan sesuai bertanding. Nama itu pula diserahkan kepada kawasan dan seterusnya kepada negeri.

“Pas negeri menghantar nama kepada Pusat iaitu Majlis Syura yang akan meneliti setiap nama diberikan. Seperti dikatakan, sekiranya tidak menepati kriteria dikehendaki, Majlis Syura berhak memilih ahli lain berdasarkan kepentingan parti,” lapor akhbar berbahasa Melayu itu lagi.

Katanya, pandangan dan penilaian dibuat adalah berasas. Ia diputuskan presiden parti dan keputusan ini tidak boleh disanggah.

“Tidak wujud perebutan jawatan dalam PAS. Apa dipersetujui Majlis Syura disokong semua ahli,” katanya.

Dalam pada itu Hasan yang juga Exco Selangor pada sidang medianya semalam menyatakan pendirian akan tetap bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR), selagi parti itu mempertahankan prinsip Agama Islam, hak orang Melayu dan Institusi Raja-raja.

Menurutnya, persoalan sama ada dicalon ataupun sebaliknya, hanya perkara kecil jika dibanding perjuangan beliau menegakkan Agama Islam.

“Saya sudah lama dalam PAS, tidak mudah meninggalkannya begitu saja,” katanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 14 Disember 2011 in 5 NEGERI PR, Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: