RSS

Syabas Prof Aziz Bari kerana pendirian dan pilihan beliau

01 Jan

Tahniah dan syabas Prof Aziz Bari kerana sudah bersedia menceburi sepenuh masa dalam lapangan dan gelangan politik tanah air.

 Pilihan dan tindakan beliau akan menyenangkan semua pihak terutama bekas majikannya, kerajaan dan juga parti pembangkang.

 Kita mahu dalam negara kita gologan cendikiawan jika tidak sehebat seperti Al Baradei di Mesir tetapi cukup juga dengan adanya Aziz Bari di Malaysia yang memimpin serta ceburi politik bertanggungjawab memimpin dan mengubah nasib rakyat teramai.

 Bukan calang-calang kerja dan kerja mudah dalam hal ini.. syabas prof Abdul Aziz Tawar Diri Jadi Calon Pakatan Rakyat

 PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

 Abdul Aziz dipetik menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider sebagai berkata, beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

 “Saya tidak ghairah untuk menjadi anggota parti namun sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

 “Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai menjadi calon mereka,” katanya.

 Beliau yang mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagaimanapun berkata, masih terlalu untuk membuat keputusan mengenai mana-mana parti yang akan disertainya.

 Katanya, beliau tidak memilih untuk bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti itu komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.

           “Ia penting bagi mewujudkan sistem dua parti,” katanya.

Pada 19 Oktober lalu, beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut ekoran kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

 Sehingga kini, Abdul Aziz masih belum menerima maklum balas daripada pihak pengurusan UIAM berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.

 Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Posted by zbh2663 Muhajirin

 
Tinggalkan komen

Posted by di 1 Januari 2012 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: