RSS

Ulamak Komited Pada Posisinya

02 Jan
Pahang,2hb Jan 2012.Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik menegaskan bahawa ulamak akan terus komited dengan posisinya sebagai pembawa risalah dan kefahaman Islam untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia sehinggalah tercapainya matlamat perjuangan PAS.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki yang diadakan di Temerloh baru-baru ini. Ijtimak tersebut telah diadakan di Markaz Tarbiah PAS Temerloh, Sungai Gau. Ianya telah berjaya mendapat sambutan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada pelbagai peserta yang datang dari seluruh pelusuk urusan ulamak kawasan seluruh Pahang khususnya para ulamak pelapis.

“Tugasan utama para ulamak ialah menyampaikan risalah Islam kepada ahli masyarakat melalui medium kuliah, ceramah di masjid-masjid, surau-surau,markaz-markaz dan di mana sahaja kita berada, ini adalah tugasan utama kita,”kata beliau.

“Dewan Pemuda dan Muslimat ada tugas dan posisi masing-masing, begitu juga para ulamak mempunyai tugas dan posisinya yang tersendiri” tegas beliau.

“Tugas dan posisi ini  diumpamakan seperti sebuah pasukan bola sepak, striker dengan strikernya, midfield dengan tugasan midfieldnya dan penjaga gol dengan tugasan dan posisinya yang tersendiri, kalau penjaga gol sendiri yang naik ke atas maka akan timbul masalah, dia pegang bola tengah padang nanti satu pasukan akan tanggung akibatnya,” ujar beliau lagi ketika mengulas tentang tugasan ulamak yang berperanan menyampaikan kefahaman tentang Islam kepada masyarakat.

Ijtimak ini telah menampilkan pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja pertama berkisar berkenaan dengan Ar-Ribat dan kaitannya dengan peranan para ulamak dalam pilihanraya. Manakala kertas kerja kedua pula ialah berkenaan dengan isu-isu semasa serta pendirian dan penyelesaiannya dalam Islam.Kertas kerja tersebut telah dibentangkan oleh Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 2 Januari 2012 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: