RSS

Nik Aziz, Majlis Syura Ulama PAS Gesa Anwar Tarik Balik Kenyataan Berhubung Israel

20 Feb
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan beliau yang menyokong semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel.

Nik Abdul Aziz berkata Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam, memutuskan supaya Anwar menarik balik kenyataan beliau mengenai Israel itu yang dilaporkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

“Sekiranya The Wall Street Journal ini tidak tepat melaporkan kenyataannya sebagaimana yang disebut oleh Datuk Seri (Anwar), kita harap Datuk Seri saman WSJ,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan malam Anggota Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Isnin.


Anwar sebelum ini dilapor menyokong usaha menjaga keselamatan Israel ketika beliau ditemu ramah akhbar The Wall Street Journal.

Nik Abdul Aziz berkata sepucuk surat yang meminta Anwar menarik balik kenyataan tersebut dan ditandatangani beliau pagi tadi, telah dihantar kepada ketua pembangkang itu.

“Kita sebagai kawan, kewajipan kita ialah tegur-menegur, apa yang kita tengok pada kawan kita tidak betul, kita tegur dan apa yang kawan kita tengok tidak betul pada kita, dia kena tegur kita. Itu ajaran agama Islam.

“Saya sudah tunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang kawan, sebagai Mursyidul Am PAS supaya dia tarik balik kenyataan dia mengenai Israel,” katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Menteri Besar Kelantan itu berkata keselamatan negara haram seperti Israel bukanlah tanggungjawab orang Arab atau umat Islam kerana negara itu sendiri ditegakkan atas dasar kezaliman.

— BERNAMA

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Februari 2012 in Penerangan Pusat

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: