RSS

Isu Exco Kedah: Kami bukan mau Ir atau Dr tapi nak wakil rakyat biasa

04 Mar

Oleh Anti Parasit

Isu di Kedah kain terserlah. Jawab menjawab di dada akhbar sudah mula menjadi lumrah.Dulu akhbar-akhbar ini menjadi bahan bungkusan nasi lemak di kola atau ke bendang. Tiada makna membaca kerana kebanyakan berita politik hanya mengarut belaka. Tapi kini dibuatnya sidang media untuk menjelaskan tentang kedudukannya.

Bercakap seolah-olah kami para penyokong dan pengundi tegar pas tak pandai menilai.

Kami juga hadir mengikutinya. Maka ramailah muka-muka orang yang dikatakan cerdik pandai politik disekeliling dan ada juga yang menyembunyikan diri seolah-olah tidak terlibat dengan Phahrolrazi. Kalau Aris Awang kata dia pandai, Hj Nan kata dia hebat dan beberapa orang lagi yang bergerak keliling negeri , kami lagi hebat.Hangpa setakat hebat atas pentas dan markas saja. Tak payah la dok jadi petualang. Berenti saja la kerja hangpa tu

Kami yang bertungkus lumus dikedai kopi, diatas pokok, didalam hutan buluh bukan untuk Phahrolrazi,bukan untuk Ustaz Hadi,bukan untuk Dr Ismail,bukan untuk ustaz Azizan tapi untuk PAS.Kami yang dok berhadapan siang malam dengan pengundi menerangkan bab Islam dan PAS. Menerangkan macamana umno memperbodohkan rakyat. hangpa kira kat kedai tu saja.Habis takdak dok kat tempat Nasir belakang tu.

Sudahlah hoi, setakat dok mesyorat kat kedai Imran dan nasi 3 rasa. Kami mesyorat disemua kedai kopi seluruh negeri. Otak kami beribu untuk berfikir demi PAS. Mata kami lebih banyak dari hangpa,telinga kami pun lebih banyak juga. Mulut kami lebih banyak untuk bercakap bab perjuanga pas ni.Perasaan kami pun lebih marah dari hangpa.Kami marah kerana hangpa ni sudah menjadi pengkhianat perjuangan Islam.

Elok la hangpa pakat berenti cara terhormat sebelum kami sepak hangpa macam kami sepak umno masa pilihanraya. Jadi wakil rakyat dan exco sibuk memanjang macam la kami ni tak pandai pentadbiran. Kalau kami tak pandai sudah tentu bendang kami naik menerung penuh. Bot kami jadi macam lori sampah. Kedai kami jadi macam kedai besi buruk la.

Kepada pimpinan pas,kami harap pertimbangkan elok-elok untuk masa depan. Kalu letak calon macam Phahrolrazi lagi alamat kurang baik la keputusannya. Bagi kami pemimpin dan wakil rakyat ni kalau ada Ir ka Dr. ka ustaz ka tapi tak ikhlas dan penyegan lebih baik lantik pemimpin yang dok bergelumang dengan parti tapi akal depa cerdik,amanah ,istiqamah,ikhlas dan rajin walaupun takdak apa-apa gelaran depan tu. Kerana orang macam depa menjadikan kami segan dan kami sanggup tubuh cawangan,kami sanggup panjat pokok pasang bendera.

Harap pemimpin macam Phahrolrazi,Dr ismail ka Aris awang ka, Haji Nan ka dan beberapa kerat lagi setakat buat kerja dengan ayaq lioq saja. Tambah lagi yang dok keliling kelalang depa tu,sapa yang tak kenai. Masa sebelum boleh memerintah kerja dok bawa pemimpin itu ini saja. Pegang jawatan apa pun tak berani.Tapi bila dapat merintah,depa pula jadi tuan penasihat lebih dari yang dok pengidup cawangan dan markas…Pirahhh..Mata kami lebih banyak dari mata hangpa.Tangan kami lebih banyak dari tangan hangpa.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 4 Mac 2012 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: