RSS

Boikot PSC tepat – PAS Indera Mahkota

21 Mar

KUANTAN: PAS Kawasan Indera Mahkota menganggap tindakan ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat memboikot dan tidak menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) Loji Pemprosesan Nadir Bumi Lynas adalah tepat kerana tidak mempunyai apa-apa kuasa.

Yang Dipertuanya Nasrun Amir Abdullah berkata, lagipun badan tersebut hanya bersifat pelapor dan ditubuhkan sebagai gimik bagi mengambil hati rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

“Perdana Menteri sendiri sudah menjelaskan PSC tidak boleh mengubah atau membatalkan projek jadi apa guna kita sertai sedangkan rakyat mahukan projek Lynas dibatalkan kerana malapetaka mungkin boleh berlaku akibat kelemahan undang-undang alam sekitar, selain kemungkinan wujudnya amalan rasuah.

“PSC dilihat seperti ‘rubber stamp’ saja jadi boleh dianggap satu gimik untuk mengheret isu itu sehingga selesai pilihan raya,” katanya.

Nasrun yang juga ahli jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 turut mempersoalkan kenapa baru sekarang jawatankuasa itu ditubuhkan, sedangkan semua fakta dikemukakan dengan jelas sebelum ini manakala rakyat pula sudah membuat keputusan untuk menolak projek tersebut.

Kelmarin Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan penubuhan PSC mengenai Lynas. Jawatankuasa tersebut bakal disertai empat wakil BN, tiga wakil PR dan satu wakil Bebas.

PSC tidak akan membuat keputusan mengenai nasib operasi Lynas sama ada ditutup atau diteruskan, sebaliknya satu proses pembabitan bersama orang ramai untuk kajian dan memahamkan mereka.

Sebelum ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengugumumkan parti itu tidak akan menyertai PSC kerana berpendapat penubuhan seperti diumumkan itu adalah tidak perlu.

Hari ini pula ahli-ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan membantah PSC Lynas.

Nasrun berkata, pendirian PAS Indera Mahkota adalah jelas iaitu tetap bersama rakyat dan lokasi kilang Lynas di Gebeng adalah dalam Parlimen Indera Mahkota.

“Jadi jika rakyat tidak mahukan projek yang boleh membahayakan mereka, sepatutnya inilah masa yang sesuai Datuk Seri Najib Tun Razak berpegang kepada moto ‘rakyat didahulukan’ seperti yang diciptanya.

“Apa guna PSC, hanya satu perkara rakyat mahu Perdana Menteri lakukan iaitu tampil membuat kenyataan bahawa Lynas perlu keluar dari negara ini,” tegasnya.

Tambahnya, berapa lama lagi kerajaan mahu melihat rakyat terus dibelenggu kebimbangan berhubung isu itu dan apa lagi yang rakyat perlu lakukan bagi membantah projek tersebut.

Mengenai kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kuantan, Muhamad Suffian Awang yang tidak mahu penubuhan PSC dipolitikkan parti pembangkang, Nasrun berkata jawatankuasa itu sendiri merupakan tindakan politik berikutan bantahan terhadap Lynas seluruh negara.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 21 Mac 2012 in BERITA PAHANG

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: