RSS

Gempar! AS, Arab Saudi dan Qatar hantar Senjata kepada pemberontak Syria

06 May

Peguam Antarabangsa menyalahkan Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Qatar atas edaran senjata ke Syria dan akibat bencana dari pembekal senjata tersebut, laporan Press TV.
Franklin Lamb membuat kenyataan pada hari Isnin (30/4) sehari selepas sebuah kapal kargo yang dihantar dari Libya sarat dengan senjata dinantikan  di Lubnan. Senjata-senjata itu dilaporkan dihantar untuk kumpulan-kumpulan bersenjata untuk melawan kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad.

“Kami mempunyai beberapa bukti berkaitan perkembangan Lutfallah II, kapal Sierra Leone, yang diambil dari Pantai Tripoli di Libya dan sekarang sedang di siasat oleh tentera Lubnan,” kata Franklin Lamb dalam sebuah wawancara dengan Press TV.

Lamb mengatakan bahawa mempersenjatai para pemberontak Syria adalah strategi yang digunakan oleh Arab Saudi, Israel, Qatar, dan juga di Washington dengan kerjasama NATO untuk menukar kerajaan Syria.

“Dengan menghantar senjata  mampu menamatkan rejim di Syria. Dan ini amat penting buat mereka yang berada di sana dengan senjata,” tambah Lamb.

Sejak awal rusuhan di Syria pada pertengahan Mac tahun lalu, penyeludupan senjata ke negara itu meningkat dihantar oleh pihak asing untuk membantu pemberontak melawan pemerintah Assad.

Damsyik telah berulang kali mengatakan bahawa kumpulan pengganas yang beroperasi di negara itu dibiayai dan dilengkapi oleh negara asing, terutama Arab Saudi dan Qatar.

Laporan penyiasatan terkini menunjukkan bahawa Qatar membina kekuatan tentera anti-Syria yang berpusat di Turki, dengan kerjasama ankara untuk menggulingkan kerajaan di Damsyik.

 Pembaca yang diramati Allah sekalian. Script Anti Copy Paste di blog ini sudah dibuang. 90% artikel & berita di blog ini adalah hasil usaha saya sendiri yang di ambil & diterjemahkan daripada laman blog & berita-berita Antarabangsa. Sekiranya anda ingin mengambil segala artikel dari blog ini, Saya mohon jasa baik dan ikhlas anda untuk “LIKE” artikel ini terlebih dahulu & meletakkan link “SUMBER” dari blog ini. Kejujuran anda adalah penting dalam berdakwah demi mencari keredhaan Allah swt. untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Terima Kasih Kerana Sudi “Like” Pada Berita Yang Anda Baca!

 
Tinggalkan komen

Posted by di 6 Mei 2012 in BERITA DUNIA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: