RSS

JK Fatwa disuap dengan maklumat Umno sahaja

08 May

Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil memalukan umat Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.”Sangat memalukan umat Islam. Pertama, kerana apa yang didakwa fatwa itu dibuat ketika siasatan yang adil dan tidak memihak belum pun dibuat untuk menentukan siapakah yang mencetuskan kerusuhan, keganasan, huru-hara dan kekacauan.

“Adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mahu menconteng arang ke muka umat Islam dengan perbuatannya menghukum tanpa siasat?” katanya.

Mohamad berkata, dari apa yang diberitahu kepadanya, sesuatu fatwa itu dibuat setelah kajian dan siasatan yang menyeluruh dan adil dibuat.

“Sebab itulah saya kata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa memalukan umat Islam sebab belum siasat lagi sudah jatuhkan hukum,” tegas beliau.

Beliau bimbang perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa menjatuhkan hukuman tanpa siasat itu akan mengakibatkan orang Islam dituduh sebagai agama yang tidak mementingkan siasatan yang adil dan menyeluruh sebelum membuat sesuatu keputusan dan hukuman.

“Jika selepas ini Islam dituduh sebagai agama yang menghukum secara semberono tanpa siasatan yang adil dan menyeluruh, Muzakarah Jawatankuasa Fatwalah pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan pandangan buruk sedemikian terhadap Islam,” tegas beliau.

Mohamad juga menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa itu berlagak lebih dari Tuhan kerana “Allah pun membicarakan hamba-hamba-Nya di Hari Hisab lengkap dengan saksi dan bukti sebelum menjatuhkan hukuman”.

Beliau meminta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengemukakan nas dan dalil yang mengharamkan perhimpunan aman rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

“Saya tegaskan lagi dan lagi, perhimpunan aman.

“Soalnya, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa hidup seperti katak di bawah tempurung sehingga tidak tahu dan tidak mempunyai sebarang maklumat bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak ada harta benda awam atau persendirian yang dirosakkan sehinggalah rakyat yang berhimpun itu diserang dan diganasi.

“Satu dunia ada maklumat yang tepat, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tidak ada maklumat dan hanya mahu disuap dengan maklumat Umno sahaja?” beliau mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan, di manakah suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?

“Mengapa membatu dan membisu terhadap daftar pemilih yang tidak bersih? Mengapa tidak ada suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?

“Adakah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih itu tidak haram, tidak mengakibatkan kemudaratan, keresahan, rusuhan, perpecahan malah pertumpahan darah?” Mohamad mempersoalkan lagi.

Beliau terus mempersoalkan, adakah menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak baik dan tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat?

Mohamad tidak menolak kemungkinan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa akan menghadapi masalah imej seperti yang dihadapi oleh pihak polis serta kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Minta fatwa dari JK Fatwa Keb untuk soalan berikut

“Soalan untuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

1. Apakah hukum menipu dalam pilihanraya

2. Apakah hukum mengundi bagi pihak orang yang sudah mati.

3. Apakah hukum mengundi dua kali di dua kawasan yang berbeza.

4. Apakah hukum SPR melanjutkan tempoh mengundi demi memberi peluang pengundi yang telah mengundi di Terengganu untuk mengundi semula di Selangor pada pilihanraya 2004.

 5. Apakah hukum warganegara asing dibenarkan mengundi dalam pilihanraya.

 6. Apakah hukum memberikan kad pengenalan kepada warga asing meski pun kesetiaan mereka terhadap Negara masih diragukan dan cakap bahasa Malaysia pun lintang pukang.

 7. Apakah hukum membayar upah gantung poster kurang dari jumlah yang ditetapkan

 8. Apakah hukum mengadakan kenduri pada setiap hari oleh calon bertanding sepanjang kempen dalam pilihan raya.

 9. Apakah hukum melarang para pemimpin pembangkang dari memasuki sesetengah kampong oleh penyokong kerajaan.

 10. Apakah hukum memangkah kertas undi dihadapan ketua jabatan untuk undi pos.

11. Apakah hukum merasuah pengundi dengan bayaran rm50.

 12. Apakah hukum merasuah pengundi dengan jumlah yang kurang dari jumlah yang telah ditetapkan.

Soalan lain yang tidak berkaitan dengan pilihanraya.

1. Apakah hukum memadamkan rekod kemasukan al tantuya dalam negara ini oleh Jabatan Imigeresen sedangkan kematiannya masih disiasat .

 2. Apakah hukum menghancurkan mayat al tantuya dengan C4 meski pun beliau telah mati.

 3. Bagaimanakah kaifiah memandikan jenazah al tantuya yang sudah hancur kalau beliau seorang muslim.

 4. Apakah hukum mungkir janji untuk membayar sejumlah wang kepada al tantuya yang telah memberikan khidmat yang telah dijanjikan.

5. Apakah hukum gaji yang diterima oleh pada mufti yang membisu terhadap segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah.

 6. Apakah hukum para mufti yang jahil tentang kedudukan gaji tersebut yang datang dari sumber cukai yang dibayar oleh rakyat dan bukannya duit poket menteri UMNO dan barisan nasional.

Sebenarnya terdapat ratusan soalan lagi yang boleh ditanya kepada JK Fatwa Kebangsaan. Tapi mampukan syeh syeh ini menjawab semua solan yang diajukan dalam keadaan status mereka bak burung tekukur. Ada makan dan minum tapi duduk dalam sangkar. Mereka hanya berkukur apabila tuan mereka memetik jari . Nasihat saya kepada para mufti yang alim mantapkan iman anda semua. Yakinlah rezeki adalah ditangan Allah dan bukan ditangan bapak perdana menteri.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 8 Mei 2012 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: