RSS

Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu…….Pulak, ada muka kita tak?

09 May

Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu

25 individu yang dicari (Set 1)
Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu
25 lagi individu yang dicari (Set 2)
Bersih 3.0: Polis kesan 25 lagi individu
25 lagi individu yang dicari (Set 3)

SHAH ALAM – Polis mengenal pasti 25 lagi individu yang dipercayai terlibat dalam rusuhan selepas perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan, termasuk mengingkari perintah mahkamah dan merusuh.

“Gambar individu yang disenaraikan itu adalah hasil penelitian terhadap gambar-gambar yang dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan di sekitar ibu negara dan Dataran Merdeka,” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu terbabit diminta tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran.

Mohmad berkata orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau e-mel azmiazizi@rmp.gov.my.

Dalam perkembangan sama, Mohmad berkata, setakat ini hanya tiga individu ditahan selepas polis mengeluarkan 91 gambar termasuk seorang wanita berhubung kejadian tersebut.

“Tiga individu itu kemudiannya dibebaskan dengan jaminan selepas proses siasatan terhadap mereka selesai,” katanya.

Mohmad berkata, beliau berpuas hati dengan respons orang ramai yang membantu polis menyalurkan maklumat sehingga tiga individu tersebut ditahan.

“Kita masih menerima maklumat yang menggalakkan daripada orang awam.

Pada peringkat ini, maklumat itu sedang dianalisa untuk tujuan pengesahan sebelum tangkapan dilaksanakan,” katanya.

 
Tinggalkan komen

Posted by di 9 Mei 2012 in BERSIH 0.3

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: