RSS

Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir…

12 May
http://reformisanakmuda.blogspot.com, 12 Mei 2012

 

Dengan bas percuma diberi… duit belanja dijanji beri… T-shirt di beri pakai… masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang… perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.

Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini…  Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.

Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli

Kehadiran tak sampai 50 ribu orang, menyaksikan kepupusan Umno semakin terserlah yang kononnya mempunyai lebih 3 juta ahli.  Inilah petanda kejatuhan Umno yang semakin hari semakin dibenci oleh Rakyat Malaysia kerana mempermainkan Agama Islam serta bermodalkan isu-isu seks yang tak habis-habis…

Semasa ketibaan presiden Umno,Najib dan Rosmah pun masih terlalu banyak kerusi-kerusi kosong yang jelas kelihatan di latar belakang, walaupun Stadium Nasional Bukit Jalil boleh memuatkan 87,411 orang. (rujuk wikipedia)

Blogger-blogger Umno dengan malu-malu kucing terpaksa menyiarkan juga gambar dan cerita yang hanya menyedapkan hati mereka sendiri… kononnya yang hadir lebih 100 ribu orang…apabila dicampur kerusi berwarna merah… kih kih kih…

Banyak kerusi kosong

Alahai Lokman… Exco pemuda sambut Najib pegang bendera dengan berlatarbelakangkan kerusi-kerusi kosong… hmmmmmmmmm

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di 12 Mei 2012 in ISU SEMASA

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: