RSS

Niaga Burger dan Ambiga: Kenapa sampai jadi gitu ?

15 May
http://perantaukite.blogspot.com/
 Slogan PDRM daripada Sedia Berkhidmat ditukar dan diubah kepada Telus, Cekap dan Profesional’.
Benarlah apa yang diperjelaskan oleh YB Khalid Samad MP Shah Alam, Polis menjadi samseng Umno, SPR adalah Biro Politik Umno dan Majlis Fatwa adalah Biro Agama Umno.
Ini adalah cerminan sikap dan tindakan agensi kerajaan berkenaan dan badan bebas yang kononnya ingin menegakkan kebenaran dan memperjuangkan kesaksamaan.
Lihat sahaja dengan peristiwa di bawah, PDRM memberi sokongan yang melampau. Situasi ini menimbulkan ‘kegelisahan’ rakyat yang mahukan keamanan.
Tindakan ini bakal mengundang tindakan balas, yang sukar dijangkakan.
PDRM sepatutnya menjadi badan penenang dan pendamai, bersikap pro dalam tindakan dan tanggungjawab mereka. Peganglah prinsip displin kerja keutamaan keadilan atau berlaku adil lah pada setiap masa.
Hal di bawah jauh daripada etika pematuhan pasukan keselamatan ini

Peniaga burger boleh berniaga depan rumah Ambiga: Polis

KUALA LUMPUR: Polis tidak akan mengambil tindakan terhadap sekumpulan peniaga termasuk yang menjual burger di depan rumah Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara baru-baru ini, kerana mereka melakukannya di tempat awam.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata peniaga boleh berhimpun dan berniaga di depan rumah ketua badan bukan kerajaan (NGO) itu, selagi mereka tidak mengganggu ketenteraman awam.
“Di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011 (APA) semua orang boleh berhimpun asalkan memberi notis dan maklumkan kepada polis di mana boleh berhimpun.
“Mereka (peniaga) berniaga di depan rumah dia (Ambiga) dan mereka buat di ‘public space’, mereka tidak menganggu orang awam…jadi tidak menjadi kesalahan, kecuali jika mereka menimbulkan kekacauan baru kita boleh mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Khalid yang ditemui selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, ditanya sama ada polis akan bertindak terhadap laporan polis yang dibuat Ambiga pada 10 Mei lalu, susulan tindakan sekumpulan peniaga berhimpun dan berniaga di hadapan rumahnya.
Kumpulan peniaga itu termasuk seorang yang bertindak membuka gerai burger, dilapor berbuat demikian sebagai tanda marah selepas mengalami kerugian susulan perhimpunan bertukar ganas yang dianjurkan NGO pimpinan Ambiga di ibu kota pada 28 April lalu.
Mengulas lanjut, Khalid turut mencadangkan agar Ambiga mengambil tindakan saman terhadap peniaga burger terbabit jika tindakannya mengganggu privasi. – BERNAMA
 
Tinggalkan komen

Posted by di 15 Mei 2012 in PENDAPAT

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: