RSS

Xpresi Hijau Anak Muda: Ustaz Azhar Idrus pemangkin tarikan anak muda kepada ulama

03 Jun

http://ajijoi.blogspot.com/

ALOR SETAR Ustaz Azhar Idrus, satu nama yang menjadi fenomena dan kegilaan kepada muda mudi untuk kembali mendekati kuliah agama, mahupun melalui videonya di laman youtube ataupun siri-siri ceramah beliau yang diadakan di serata tempat di seluruh negara.

Ustaz yang juga dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ ini bagaikan satu magnet besar yang berkuasa untuk menarik anak-anak muda untuk bersama-sama dengan ulama di dalam majlis-majlis ilmu.
Biarpun terlewat tiba untuk menyampaikan Kuliah Asar kepada ribuan anak-anak muda akibat kesesakan lalulintas ketika menuju ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah tadi, ianya sedikit pun tidak melunturkan semangat anak-anak muda yang sedari awal lagi telah setia menunggu ustaz kesayangan ramai ini.
Penampilan beliau ketika tiba ke pentas utama, dengan berkaca mata hitam berjenama ‘Spyder’ membuatkan anak-anak muda tidak rasa terpinggir oleh penampilan mereka malah lebih dekat lagi dengan seorang yang menjadi ikon kepada majlis-majlis ilmu.
Semoga AF Ustaz Azhar Idrus akan terus menjadi ikon serta pemangkin kepada generasi muda untuk mendekati majlis-majlis ilmu dan kembali kepada jalan sebenar menuju kepada Allah Taala.
Ustaz Azhar Idrus bersama Ustaz Nik Abduh
Penampilan Ustaz Azhar yang ‘cool’ membuatkan anak-anak muda tidak kekok untuk bersama-sama dengan ulama
Namun begitu, beliau tetap tegas memperkatakan yang haq mengenai urusan agama Islam
Penyampaian kuliahnya yang padat dengan nasihat dan ajaran agama, sesekali diselang-selikan dengan lawak jenaka agar anak-anak muda mudah memahami kuliah yang disampaikannya
Chegu Bard turut bersama-sama anak-anak muda Pas di himpunan ini. Ada sahabat yang membisikkan ke telinga saya yang mungkin kejutan malam nanti adalah kemasukan Chegu Bard ke dalam Pas
Amalan hormat-menghormati sesama ulama menjadi pedoman buat anak muda
Lambaian Ustaz Azhar kepada anak-anak muda ketika bersama-sama dengan kepimpinan Pemuda Pas
Kibaran bendera Parti Islam SeMalaysia oleh Ustaz Azhar dengan diiringi oleh laungan Takbir oleh ribuan anak-anak muda di Stadium Darul Aman

Hujan rahmat di Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya

h pertama kali azan dikumandangkan serta solat dilaksanakan secara beramai-ramai di Stadium Darul Aman ini. Sungguhpun hujan dan keadaan padang yang basah dan becak, solat Asar tetap didirikan oleh anak-anak muda di stadium ini.
Himpunan Xpresi Hijau Anak Muda Ke Putrajaya ini akan diteruskan kesetiap negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Sdr Khairul Faizi selaku pengacara petang ini
Ustaz Ridhuan Mohd Nor
Sungguhpun hujan, tetap mendengar ucapan pimpinan
Ustaz Kamal Ashari
Naib Ketua Pemuda, Dr Raja Ahmad Iskandar. Walaupun demam, tetap bersama-sama di dalam himpunan
YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar
Bob Lokman memeriksa tentatif himpunan bersama Ustaz Syed Al-Jofree
Fareedah Samad, Pengerusi Ameerah Malaysia menyampaikan ucapan beliau di dalam gerimis hujan
Maskot PASTI yang diberi nama HUDA
Yang ini pula, HADI
HADI dan HUDA, maskot Pasti yang dilancar dan diperkenalkan
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nik Abduh dengan ucapannya yang begitu tegas dan berani
Anak kepada Ustaz Nasruddin Tantawi, mengalunkan azan untuk solat Asar
Solat Asar berjemaah
Semakin lama, semakin ramai yang turut serta berjemaah ditengah padang
Bob Lokman berpayung melakukan sketsa beliau, Belantan Pusaka Durjana
Bob mengenakan pakaian seragam Unit Amal di dalam sketsanya
Bob Lokman juga turut melancarkan ‘Kopi Amal’ keluaran Unit Amal bagi mengisi tabung mereka
Dato Seri Ir Haji Nizar juga turut menyampaikan ucapan beliau
Masih tidak berganjak walaupun hujan belum reda
DS Nizar yang sememangnya lantang bersuara, bukan sahaja dipentas ceramah malah juga di twitternya
Ustaz Nasruddin melancarkan buku ‘Siapa Menganut Ajaran Sesat?’
“Bendera hijau akan menyuluh jalan ke Putrajaya”, ucapan Ketua Pemuda Pas Malaysia ini disambut dengan laungan  Takbir oleh ribuan anak muda yang menjayakan Himpunan Xpresi Anak Muda Ke Putrajaya
 
Tinggalkan komen

Posted by di 3 Jun 2012 in HIMPUNAN HIJAU01062012

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: