RSS

UMNO Terkangkang dalam Isu Karpal Singh

20 Jun

“UMNO menjadikan isu ucapan Karpal Singh, iaitu “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sebagai satu tangkal untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP.

Ucapan ini telah disalahtasfirkan oleh Utusan Malaysia dan melaporkan dalam akhbarnya “MAHU WUJUDKAN NEGARA ISLAM – LANGKAH MAYAT KAMI DULU –  Karpal Singh.

Sepertimana biasa, lain yang disebut oleh Karpal, lain pula yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang sahamnya dimiliki oleh UMNO-BN. Inilah fitnah Utusan Malaysia, salah satu akhbar UMNO. Karpal menyebut perkara lain tetapi dilaporkan dengan tidak jujur untuk melaga-lagakan PAS dan DAP.

 Bagi PAS, ucapan Karpal Singh ini adalah pandangan peribadi. Apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990, PAS telah menubuhkan Panel Deraf Hudud yang diketuai oleh Yang Ariff Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara bersama bekas Mufti Kelantan dan ulamak muktabar negara. Akhirnya pada tahun 1993, undang-undang hudud dikanunkan (didokumenkan) dalam undang-undang tubuh negeri Kelantan.

 Tidak timbul isu langkah mayat Karpal Singh yang masih hidup pada masa itu. Tidak berlaku huru-hara pun. UMNO terkedu.

Apabila PAS mengambi lalih Terengganu dari UMNO-BN pada tahun 2000, kerajaan PAS-Barisan Alternatif telah mengkanunkan undang-undang hudud dalam undang-undang tubuh negeri Terengganu pada tahun 2002 tanpa timbul isu “langkah mayat kami dulu” dan Karpal Singh tidak kata apa-apa pun. Sekali lagi UMNO terkedu.

Masalahnya ialah UMNO-BN mendominasi pemerintahan di banyak negeri tetapi TIDAK ADA LANGSUNG USAHA mahu mengkanunkan undang-undang hudud sebagai langkah pertama sebelum boleh dilaksanakan.

Setelah 20 tahun berlalu, Karpal Singh mengatakan ucapannya “jika PAS ingin laksana hudud, langkah mayat saya dulu” sudah tidak relevan lagi. Pada hakikatnya, undang-undang jenayah syariah itu telah dikanunkan terlebih dahulu daripada ucapan Karpal itu. UMNO terus terkedu. Tapi UMNO buat-buat tidak dengar dan terus mainkan isu ucapan ini tanpa segan silu. Memang mereka tidak mempunyai kemaluan dalam hal ini.

Seterusnya dalam hubungan DAP dengan PAS di bawah Pakatan Rakyat, Karpal Singh mengatakan “DAP akan pertahan agama Islam sebagai agama rasmi negara.” Beliau menyebut “DAP akan….” dan ucapan ini adalah pendirian rasmi DAP. Inilah satu pukulan maut pada UMNO.

Seterusnya DAP membuat kenyataan rasmi melalui Setiusaha Agungnya yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ucapan LGE ini amat bercanggah dengan ucapan Presiden MCA rakan BN yang beranggapan undang-undang Islam akan menyebabkan negara mundur. UMNO seperti tiada telur kerana tidak berbuat apa-apa atas kejian itu.

Malah apa yang dibuat oleh DAP-PR di Pulau Pinang telah membuatkan mulut UMNO terkunci kerana semasa Gerakan-BN memerintah Pulau Pinang selama lebih 50 tahun, semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan DAP-PR tidak mampu dilakukan oleh Gerakan-BN walaupun UMNO mendominasi BN Pulau Pulau Pinang.

Dan UMNO terus terkedu serta mati kutu dan tidak mampu menangkis kesungguhan PR di Pulau Pinang walaupun DAP menjadi parti utama menerajui kerajaan Pulau Pinang.

PAS terus mengukuhkan hubungan baik dengan DAP kerana DAP lebih bersedia membuat perkara yang baik dan makruf daripada UMNO yang menentang Islam, menghina Islam, dan menghina Allah dan Rasul. Islam menggalakkan kerjasama dengan siapa sahaja asalkan perkara yang dilakukan adalah perkara yang baik dan membawa kepada ketaqwaan kepada Allah dan bukannya membawa kepada maksiat kepada Allah.

Hubungan baik PAS dan DAP menyebabkan UMNO menjadi semakin marah walaupun terkedu dan mati kutu dalam tangisan yang tidak berair mata. Semoga kerjasama ini akan berterusan dalam konteks PR yang sepadu.

Baca lagi: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/12/dap-pertahankan-islam-agama-rasmi.html

 
Tinggalkan komen

Posted by di 20 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: