RSS

Artis Hairie Othman berceramah di pentas PAS

22 Jun

http://ajijoi.blogspot.com/
Dunia kini semakin terang. Segala fitnah yang dulunya berselindung disebalik bayang-bayang, kini terserlah disuluh sinar kebenaran.

Sedikit masa dahulu, amatlah payah untuk kita mendengar berita mengenai para artis mendekati satu jemaah yang mengangkat Islam sebagai perjuangannya. Artis dan pembawa obor agama, bagaikan magnet yang berlainan kuasa, saling tolak menolak.

Tetapi, hari ini berita mengenai artis yang mendekati, malah bersama-sama di dalam perjuangan menegakkan agama Islam sudah menjadi lumrah. Keghairahan mengenai berita itu kini beralih kepada siapakah artis terbaru yang bersama-sama dengan parti PAS mahupun Pakatan Rakyat.

Terbaru, pelakon dan pengarah filem Hairie Othman telah membuat kejutan dengan hadir berdiri berceramah di pentas PAS di Kg Seri Jaya, Batu Gajah, Perak malam tadi. Beliau turut menyatakan bahawa borang keahliannya untuk bersama PAS akan diadakan di satu program di ibu negara pada 6 Julai nanti.

Bermula dengan komen beliau di dalam laman facebooknya, yang menyelar kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkata bahawa tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas kononnya untuk berdakwah, sebaliknya hanya untuk berpolitik.

“Saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk Umno tak de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak boleh ke? mesti ikut macam lembu saja?” tempelak beliau terhadap kenyataan Menteri tersebut.

Komen beliau itu mendapat liputan meluas di laman facebook dan tweeter. Ramai yang berkongsi pandangan dan menghebahkan komen beliau itu untuk dikongsi oleh yang lain.

Daripada komen tersebut, mula terbuka hatinya untuk mendekati parti politik yang berbeza pendapat dengan kerajaan hari ini. Dan parti yang didekati dan menjadi pilihannya adalah PAS.

Gambar di atas telah berlegar-legar di laman facebook beberapa hari lalu, menunjukkan terdapat perjumpaan beliau bersama seorang lagi rakan artis yang sebelum ini telah kelihatan di beberapa siri ceramah dan program anjuran PAS, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS Dato’ Haji Mahfuz Omar.

Memang tidak dinafikan bahawa ramai lagi golongan artis yang mula terbuka hati dan minda untuk mendekati Pakatan Rakyat. Mungkin selama hari ini, mereka telah dipergunakan untuk melalaikan serta dilalaikan daripada tanggungjawab sebagai seorang insan yang beragama Islam agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Semoga ramai lagi artis-artis dan selebriti yang dikenali ramai untuk bersama-sama dengan jemaah Islam untuk membuka jalan kepada rakyat negara ini membina masa depan yang lebih baik daripada hari ini.
Siapakah artis atau selebriti yang akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat selepas ini, sama-samalah kita nantikan pengumuman mengenainya.
 
Tinggalkan komen

Posted by di 22 Jun 2012 in 5 NEGERI PR

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: